Home » Kesihatan » Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan nama saintifiknya annona muricata. Banyak terdapat dikawasan beriklim tropika seperti Malaysia.

Khasiat Durian Belanda
Khasiat Durian Belanda

 

Buah durian belanda mengandungi berbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan luar dan dalam. Ada juga untuk kecantikan kulit dan rambut.

Rasanya yang masam-masam manis memang sedap apa lagi jika dibuat jus minuman. Rugi kepada siapa yang tidak suka buah durian belanda.

Disini dikongsikan beberapa khasiat durian belanda. Selain buah, daunnya juga ada khasiat untuk kesihatan.

Tahukah anda bahawa daun buah durian belanda telah terbukti sangat berkesan untuk membunuh 12 jenis sel kanser. Daun durian belanda boleh menyerang sel kenser tanpa meninggalkan kesan sampingan seperti ketidak selesaan perut, kehilangan berat badan, keguguran rambut dan sebagainya tidak seperti proses kimoterapi. Adalah dipercayai lebih berkesan dari rawatan kimoterapi ini.

Anda ada masalah buasir? Amalkan memakan buah durian belanda. Ada juga petua merawat buasir dengan perah buahnya untuk mendapatkan paling kurang satu cawan airnya dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan tengah hari. Boleh juga merawat masalah sembelit kerana buah ini kaya dengan serat larut dan serat tak larut yang dapat melegakan sembelit.

Buah durian belanda mengandungi vitamin B1 yang dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan, melancarkan peredaran darah dan mencegah masalah saraf. Kandungan vitamin B2 pula membantu penghasilan tenaga dalam badan, penyimpanan lemak serta menjaga fungsi saraf dan mengelokkan otot jantung.

Untuk mendapatkan tulang yang sihat amalkan memakan durian belanda. Buah ini mengandungi kalsium dan fosforus untuk membina tulang yang kuat serta mencegah osteoporosis.

Khasiat lain adalah meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan. Siapa hendak awet muda makanlah durian belanda. Kandungan vitamin C dalam buah ini merupakan antioksidan yang sangat baik. Vitamin C juga bagus untuk metabolisme.

Diatas adalah sebahagian dari khasiat durian belanda. Banyak lagi khasiat buah ini untuk kesihatan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan anda tentang buah ini.

Check Also

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang. Tahukah anda apa itu buah pinggang atau juga dikenali sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *