Home » Kesihatan » Khasiat Durian Dan Cara Memilih Buah Yang Baik

Khasiat Durian Dan Cara Memilih Buah Yang Baik

Khasiat Durian Dan Cara Memilih Buah Yang Baik. Durian adalah buah yang sangat digemari di Malaysia. Dengan kehadirannya bermusim, sudah pasti musimnya dinantikan.

khasiat durian
khasiat durian

Durian atau nama saintifiknya ‘Durio’, buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang membuka selera.

Tahukah anda bahawa durian menjadi antara penyumbang pendapatan negara apabila nilai eksport produk berasaskan buah itu mencecah RM60 juta pada tahun lalu. Tahun 2017 sahaja, kerajaan menyasarkan nilai eksport produk durian negara meningkat sehingga RM400 juta berdasarkan permintaan tinggi bagi raja buah itu sekali gus membolehkan petani dan pengusaha mendapat peluang lebih baik pada masa depan.

Khasiat Durian

Durian memiliki banyak khasiat. Ia mengandungi phytonutrien dan antioksidan tinggi yang dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah.

Mengatasi sembelit kerana ia mengandungi banyak serat.

Mengatasi anemia kerana mengandungi folat atau Vitamin B9 yang boleh menghasilkan sel darah merah.

Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuaan.

Mengandungi banyak potasium atau kalsium sehingga baik untuk kesihatan tulang dan sendi.

Mengatasi migrain kerana mengandungi riboflavin atau Vitamin B2.

Meredakan tekanan kerana mengandungi Vitamin B6 atau piridoksin.

Menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi posphor.

Diatas adalah sebahagian khasiat durian yang dapat dikongsikan. Selain itu, kita perlu mengetahui panduan atau cara memilih durian yang betul. Barulah memberi kepuasan ketika memakannya.

Cara Memilih Durian

Dibawah dikongsikan beberapa cara memilih durian yang disarankan.

Cara pertama adalah dengan lihat kulit durian. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai, merekah atau kulitnya ada tompokan hitam kerana ia sudah busuk.

Dari duri pun kita sudah boleh menilai kualiti buah durian. Bila memilih durian lihat durinya. Cari buah yang berduri tumpul dan jarang.

Cuba rasa berat buah durian. Kalau terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian lama. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.

Lihat tangkai durian. Jika tangkai berwarna coklat, kecut, kering berkemungkinan ia sudah lama gugur. Cari yang berlendir dan berwarna hijau. Ada juga durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.

Cium bau durian. Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan.

Jadi jika anda sudah tahu cara memilih buah durian yang betul, tidak risau lagi terbeli durian yang tidak bagus. Harga durian mahal, nanti beli yang tidak elok anda juga yang rugi.

JENIS BUAH DURIAN
1. Mao Shan Wang / Musang King / D 197
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Raja Kunyit
Warna: Kuning terang

musang king
durian musang king antara yang menjadi buruan pengemar durian tegar

2. Golden Phoenix
Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan

3. XO
Warna: Kuning pucat

4. D24
Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat

5. D13
Warna: Jingga
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.

6. D1
Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan

7. D101
Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim

8. Udang Merah
Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan

9. Green Bamboo
Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan

10. Mutiara Hitam
Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat

Semoga berkongsian berkaitan khasiat durian dan cara memilih durian yang betul ini dapat membantu anda.

Check Also

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *