Home » Petua Dan Tips » Cara Mudah Untuk Kulit Wajah Putih Bersih

Cara Mudah Untuk Kulit Wajah Putih Bersih

Siapa tidak mahu akan kulit wajah yang putih. Tanyalah siap sahaja, lelaki atau wanita pasti mahu. Disini kami kongsikan cara mudah dapatkan kulit wajah putih bersih.

kulit Wajah Putih
Cara Mudah Untuk Kulit Wajah Putih Bersih

Mungkin ramai yang mencari cara semulajadi agar kulit wajah putih dalam 1 hari, mungkin juga sepantas 1 minggu dan paling tidak pun cara memutihkan muka dengan cepat. Mungkin apa yang anda impikan tidak semudah itu tanpa usaha yang berterusan.

Berbagai cara boleh dicuba. Ada yang lebih kepada cara moden dengan berbagai produk kecantikan yang ada dipasaran. Ada juga yang lebih berminat dengan cara memutihkan wajah dengan petua tradisional. Ini semua terpulang kepada anda.

Cara Mudah Untuk Kulit Wajah Putih

Disini kami ingin kongsikan beberapa petua atau cara tradisional memutihkan kulit wajah. Dengan cara semulajadi rasanya lebih selamat namun tidak menafikan penggunaan produk moden juga dapat membantu jika sesuai dengan kulit anda namun pastikan ianya telah mendapat kelulusan pihak berwajib.

Anda boleh guna Yogurt untuk memutihkan kulit wajah.
Caranya adalah dengan campurkan yogurt dengan sedikit madu.Kemudian, sapukan campuran tersebut pada kulit wajah. Kemudian, biarkan selama 10 minit. Setelah itu, barulah dibersihkan dengan air suam. Tahukah anda bahawa yogurt boleh memberikan kelembapan untuk kulit wajah. Masker yogurt mampu menghaluskan kulit wajah anda.

Limau Nipis dan Putih Telur
Putih telur memang mampu menegangkan kulit wajah. Untuk memperbaiki warna kulit, campurkan perahan limau nipis dengan putih telur. Gunakan bahan ini sebagai masker wajah. Sapukan masker limau nipis dan putih telur ini ke wajah, dan biarkan ia kering sendiri. 10 minit selepas itu, cucilah muka anda dengan air sejuk.Lakukan secara rutin dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang sempurna.Jangan hanya sekali cuba sudah mahu lihat kesan, memang tidak menjadilah.

Basuh muka dengan susu
Susu memiliki banyak manfaat sehingga dapat mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah dan meningkatkan warna kulit dengan cara yang sempurna. Tuang beberapa titis susu pada kain pencuci muka. Kemudian gunakan kain tersebut untuk menggosok wajah dengan lembut. Susu akan menghilangkan sel-sel kulit mati yang menutup wajah dan memberikan warna baru yang lebih cerah.

Gunakan Kentang
Kentang bermanfaat untuk memutihkan kulit.Jus kentang boleh digunakan sebagai pemutih semulajadi untuk kulit. Parut atau kisar sebiji kentang, kemudian tambah dnegan satu sudu teh madu. Campur kedua bahan tersebut dan sapukan pada kulit muka dan leher. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Teh Chamomile
Bunga ini ini berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk mencerahkan kulit wajah. Chamomile memiliki banyak kandungan untuk mengatasi mata yang bengkak. Anda hanya perlu mencelupkan uncang teh Chamomile ke dalam air panas dan biarkan sampai dingin. Kemudian, lekatkan uncang tersebut pada mata.Lakukan selama dua minggu untuk melihat hasilnya.

Tips Kulit Kekal Cerah

Selain cara atau petua untuk mendapatkan kulit wajah putih diatas, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menjadi kulit wajah anda.

Rajin membersihkan wajah
Perkara utama untuk kulit cerah adalah penjagaan rutin dan menjaga kebersihan wajah. Sel kulit mati yang terdapat pada wajah dapat menyebabkan kulit terlihat kusam. Cuci wajah anda setiap minggu.

Pastikan anda guna pelembab
Jangan lupa untuk menggunakan pelembab wajah, karena kulit yang lembab dan sihat mampu mencegah terbentuknya timbunan sel kulit mati. Selain itu, menggunakan pelembab wajah secara teratur juga dapat menghambat tanda-tanda penuaan pada kulit.

Kurangkan wajah terdedah sinar matahari
Dedahan pada sinar matahari secara langsung dan kerap membahayakan kulit. Sinar ultraviolet dapat menggalakkan terbentuknya melanin yang merupakan penyebab kulit menjadi gelap. Tidak hanya itu, sinar matahari diantara pukul 11 hingga pukul 2 petang juga dapat menimbulkan masalah kulit yang serius seperti kanker kulit.

Minum air putih yang cukup
Perlu anda ketahui bahwa air putih adalah salah satu faktor yang dapat merawat kecantikan kulit. Rajin meminum air putih 8 gelas sehari dapat membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh dan membuat kulit terlihat lebih sihat dan segar.

Semoga perkongsian cara mudah dapatkan kulit wajah putih bersih dan tips penjagaan kulit ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang putih, cerah dan bersih. Selamat mencuba.

Check Also

Petua kempiskan perut buncit

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat. Perut buncit memang dialami oleh sesiapa sahaja. Paling ketara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *