Home » Gaya Hidup » Jenis Lelaki Yang Tidak Sesuai Dibuat Calon Suami

Jenis Lelaki Yang Tidak Sesuai Dibuat Calon Suami

Jenis Lelaki Yang Tidak Sesuai Dibuat Calon Suami. Bercinta memang indah. Semuanya manis tanpa ada cacat cela. Namun sebenarnya dalam masa bercinta inilah masanya untuk mengenali hati budi masing-masing. Selesai sahaja akad nikah, maka bermulalah tanggungjawab yang besar di bahu seorang lelaki dan wanita kerana detik ini anda berdua akan berkongsi hidup. Jika tidak mahu menyukarkan kehidupan rumah tangga, pastikan anda jauhi ciri-ciri lelaki seperti ini.

Lelaki Yang Tidak Sesuai Dibuat Calon Suami
jenis Lelaki Yang Tidak Sesuai Dibuat Calon Suami

Lelaki Yang Tidak Sesuai Dibuat Calon Suami

Lelaki beriman sudah tentu menjadi pilihan utama. Jadi apa perlunya untuk bersama lelaki tidak beriman. Paling penting setiap wanita tentu impikan seorang lelaki yang cukup solat dalam sehari, boleh menjadi imam dalam solatnya, seorang yang beriman dan sempurna agamanya. Ciri-ciri ini penting agar lelaki tersebut boleh menjadi seorang ketua keluarga yang boleh membimbing isteri dan keluarganya ke jalan yang diredai.

Elakan lelaki pemalas. Contohnya jenis lelaki yang tidak tahu menguruskan dirinya. Bimbang jika berkahwin nanti segala tanggungjawab diserahkan bulat-bulat kepada anda seorang dalam menguruskan rumah tangga dan dirinya kerana menganggap semua kerja tersebut merupakan tugas seorang isteri sahaja.

Ingatlah wahai wanita, jika sebelum berkahwin pun teman lelaki anda sudah bertindak memukul anda, bagaimana pula setelah berkahwin nanti. Jangan kerana sayang ataupun takut ditinggalkan lelaki sebegini, anda sanggup diperlakukan sedemikian rupa. Takut apabila sudah berkahwin nanti, saban minggu anda bakal menjadi pelanggan tetap hospital kerana dipukul teruk oleh suami. Jauhi lelaki kaki pukul atau cepat tangan.

Lelaki panas baran juga harus anda elak dalam memilih calon suami. Lelaki yang panas baran tentu sahaja mudah mengamuk apabila berlaku sesuatu perkara. Ternyata ciri-ciri ini tidak sesuai untuk dijadikan bakal suami kerana bimbang apabila berkahwin nanti apa sahaja yang isterinya lakukan boleh mendatangkan kemarahannya tanpa dia siasat terlebih dahulu. Malah ciri panas baran ini jika tidak dikawal boleh membawa kepada aksi memukul.

Jangan pilih lelaki king kontrol. Apa sahaja yang anda hendak lakukan, haruslah memberitahunya dan mendapat keizinannya terlebih dahulu. Diri anda seolah-olah dikawal sepenuhnya oleh lelaki sebegini kerana menganggap anda miliknya. Malah dia akan menghubungi anda setiap masa untuk mengetahui anda berada di mana dan dengan siapa anda ketika itu. Kalau beginilah calon suami anda, larikan diri sebelum terlambat.

Jika saat bercinta atau sebelum kahwin lelaki selalu berkira dalam membelanjakan sesuatu atau sering menyuruh anda membayarkan untuknya, sah dia seorang yang kedekut. Untuk menjadi seorang suami mana boleh ada ciri-ciri kedekut. Ini kerana apabila sudah berkahwin nanti menjadi tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga untuk menyediakan nafkah secukupnya kepada isteri dan anak-anaknya.

Lelaki yang penakut dan tidak berani untuk mempertahankan anda, buat apa ingin anda jadikan calon suami. Sebagai bakal suami, lelaki haruslah berani kerana dia bakal menjadi pelindung dan harapan kepada isteri dan anak-anaknya nanti jika berlaku sesuatu perkara.

Diatas adalah sebahagian jenis lelaki yang tidak sesuai dibuat calon suami. Diatas adalah pandangan umum, namun hak mutlak untuk memilih adalah pada anda. Mungkin ada lelaki yang tidak baik sifatnya dalam hal ini tapi ada baiknya dalam hal lain. Yang penting berhati-hati memilih kerana berkahwin bukan untuk sehari sahaja.

Check Also

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi. Tahukah anda cara mandi juga boleh mendatangkan masalah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *