Home » Kesihatan » Masalah Kulit Bayi Dan Cara Rawatan

Masalah Kulit Bayi Dan Cara Rawatan

Masalah Kulit Bayi Dan Cara Rawatan. Tahukah anda bahawa kulit bayi sangat sensitif. Jadi tidak hairanlah jika bayi mudah mendapat berbagai penyakit atau masalah kulit. Faktor persekitaran banyak mempengaruhi kulit bayi.

Masalah Kulit Bayi Dan Cara Rawatan

Masalah yang kerap berlaku adalah ruam lampin. Biasanya terjadi semasa bayi berumur 1 hari hingga 12 bulan. Antara punca adalah kehadiran bakteria akibat kulit tidak dikeringkan dengan sempurna ketika menukar lampin. Memakai lampin dalam jangka masa yang lama juga adalah salah satu penyebab ruam lampin.

Cara rawatan masalah ruam lampin
Lakukan pemeriksaan lampin bayi sekerap yang mungkin. Pastikan kulit sentiasa dilap dengan kering semasa menukar lampin. Elakan memakai lampin yang terlalu ketat, biarlah longgar dan selesa dan ada pengaliran udara.

masalah ruam lampin

Ekzema adalah salah satu masalah kulit bayi yang perlu anda atasi segera. Ini adalah kerana ekzema akan menyebabkan kulit bayi gatal. Sering berlaku dibahagian pipi, tangan, kaki dan badan. Antara gejala ekzema adalah kulit bayi akan berbiji, kemerahan, bersisik dan bengkak.

Cara rawatan Ekzema pada bayi
Disyorkan untuk memakaikan bayi dengan pakaian yang dibuat dari kain jenis kapas dimana mudah menyerap peluh. Jangan lupa kepentingan menyapu bedak atau krim pelembab setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur. Pastikan juga kuku bayi pendek untuk mengelakan dari mencakar kulit dan menyebabkan berdarah.

Masalah Ekzema Pada Bayi
Tempat yang sering terkena masalah kulit ekzema

Masalah kulit kering juga akan berlaku terutama pada awal kelahiran. Walaupun bukan masalah serius tetapi anda boleh merawat atau mengatasi masalah dengan beberapa cara.

Atasi masalah kulit kering
Sentiasa lap bahagian kulit yang kering dengan kain yang lembab. Selain itu sentiasa sapukan losyen pelembap pada bahagian kulit yang kering. Kerap memandikan bayi dengan sabun organik.

kulit kering pada bayi
kulit kering pada bayi

Keadaan perkitaran yang panas akan menyebabkan bayi menghadapi masalah ruam panas. Akan timbul bintik-bintik merah di bahagian pelipat seperti di leher, bawah lengan atau tepi lampin.

Cara atasi ruam panas pada
Mandikan bayi dengan air suam adalah salah satu cara penyelesaian. Penggunaan pakaian yang nipis serta loggar dan berasaskan kapas sangat digalakkan. Sering lap kawasan ruam dengan tuala basah.

Akan berlaku juga masalah seperti kelemumur pada kepala bayi yang dipanggil kerak kepala. Kulit kepala akan diselaputi tompok-tompok berminyak, kekuningan dan bersisik.

Cara atasi masalah kerak kepala bayi
Gunalah syampu yang sesuai ketika mandi. Boleh gunakan minyak rambut, minyak zaitun atau minyak kelapa untuk melembutkan kepingan kerak kepala.

kerak kepala bayi

Semoga perkongsian Masalah Kulit Bayi Dan Cara Rawatan diatas dapat membantu anda merawat si comel dengan lebih berkesan. Ada juga beberapa petua untuk mengatasi masalah ruam pada bayi.

Check Also

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *