Home » Resepi Pilihan » Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum subuh untuk bersahur. Mungkin pada awalnya agak kurang selesa untuk makan pada awal pagi. Namun jika sudah lama nanti akan tiada masalah. Apa lagi jika menu sahur kita mampu membuka selera dan paling penting mudah dan sihat.

menu sahur

 

Bagi rakyat Malaysia, makanan utama sudah pasti nasi. Namun rasanya bukan semua orang boleh menjamah nasi pada awal pagi. Mungkin kita perlu mengubah menu sahur dengan resepi yang lebih mudah, sedap untuk membuka selera. Mahu tidak mahu kita perlu bersahur kerana kita perlukan tenaga untuk siang hari.

Bagi orang islam selain bersahur itu untuk mendapatkan tenaga, ianya juga adalah tuntutan dan salah satu sunnah nabi. Bersahur itu adalah satu sunnah yang hendaklah kita amalkan pada bulan Ramadhan. Lagi pun bersahur itu mempunyai keberkatan. Oleh itu kita hendaklah berusaha untuk bersahur bagi mendapatkan keberkatan yang ada dalam sahur itu. Banyak lagi kelebihan bila kita bangun untuk bersahur.

Menu Sahur

Apa makanan yang akan dimasak atau telah disediakan untuk bersahur. Bagi yang berkeluarga pastinya isteri akan bangun lebih awal untuk memasak. Bagi yang bujang mungkin telah siap-siap makanan yang dibeli dan tidak dinafikan juga ada yang masak sendiri. Menu sahur anda mungkin mengikut selera anda, namun kekadang bila diawal pagi ada yang tidak selera juga untuk menjamah.

Disini aakan dikongsikan beberapa menu sahur yang boleh anda cuba. Akan disertakan sekali dengan resepinya. Apa yang penting mudah dimasak dan sedap dimakan.

Telur hancur bayam dan keju dibalut dalam roti tortilla
Panjang betul nama menu ini. Tapi kehadiran bayam yang kaya dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga disiang hari. Resepi untuk membuatnya adalah seperti dibawah.

menu sahur mudah

1 7-inci tortilla gandum
1/4 cendawan cawan dihiris
1/4 sudu teh lada hitam
2 cawan bayam segar
1 biji telur besar ditambah 1 biji telur putih
2 sudu keju rendah lemak
Buah tomato siap dicincang

Cara membuatnya
Letakkan roti tortilla pada plat ketuhar gelombang mikro dan haba yang tinggi untuk satu minit.
Tumis cendawan dan lada hitam selama dua minit. Masukkan bayam dan tumis sekali lagi hingga dua minit atau sehingga layu. Tambah telur dan kacau selalu sehingga masak.
Lepas bahan diatas siap, balut dengan roti tortilla. Sama sahaja seperti membuat sandwich. Jika tidak mahu guna tortilla pakai sahaja roti biasa. Sama sahaja.

Boleh juga lihat Makanan Terbaik Ketika Bersahur

Daging Tumis Tauge
Bagi yang hendak makan nasi sebagai menu sahur sebab memang sudah biasa, boleh cuba lauk simple tapi membuka selera ini. Tapi jika anda tidak suka tauge boleh letak sayur lain. Daging boleh ganti dengan ayam. Resepi adalah seperti dibawah.

100 g daging yang dihiris kecil
sos tiram
kicap manis
tepung maizena
1/2 sudu serbuk lada
minyak sayur
bawang putih yang dicincang halus
50 g paprika hijau yang dihiris tipis panjang
100 g tauge besar

Cara membuatnya
Campur hirisan daging dengan sos tiram, kicap, tepung maizena dan serbuk lada hingga rata. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan hirisan daging dan masak hingga daging empuk. Tambahkan sayuran dan serbuk lada. Kacau hingga sebati semuanya. Siap sudah juadah untuk bersahur bersama keluarga.

Banyak lagi menu sahur yang mudah dan ringkas. Kalau ikut paling mudah cukup sekadar telur dadar, ayam goreng, nasi goreng, sambal ikan bilis dan lain-lain. Walau apa pun menu yang penting dapat memberikan tenaga ketika berpuasa pada siang hari. Akhir sekali jangan tinggalkan sahur walau hanya dengan seteguk air suam dan sekeping roti.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *