Home » Petua Dan Tips » Panduan Urus Hutang Yang Berkesan

Panduan Urus Hutang Yang Berkesan

Panduan Urus Hutang Yang Berkesan. Hutang keliling pinggang sudah pasti membuat kepala pening. Dengan sumber pendapatan yang tidak seberapa sudah pasti tidak mampu untuk menampung beban hutang yang perlu diselesaikan.

panduan urus hutang
panduan urus hutang

Tahukah anda bahawa kemahiran pengurusan hutang ialah keupayaan daya kawal diri untuk membolehkan anda mencapai matlamat kewangan dengan mengawal perbelanjaan supaya aliran tunai sentiasa positif. Jadi bagaimana untuk mendapatkan kemahiran itu?

Berikut dikongsikan panduan urus hutang untuk rujukan anda. Pengurusan kewangan ialah daya kawal diri kepada pendapatan dan kawalan perbelanjaan. Jadi kena bijak dalam membuat keputusan terutama keperluan atau kehendak yang hendak diutamakan.

Panduan Urus Hutang

Tanam dalam diri bahawa setiap hutang wajib dibayar sama ada cepat atau lambat. Bila hutang telah dibuat langkah seterusnya adalah masa untuk membayar. Kebanyakan hutang dengan institusi hutang telah distrukturkan. Ada kemungkinan apabila dibayar cepat akan dapat pengurangan faedah. Ada juga yang mempunyai kesan yang minimum.

Anda perlu buat kira-kira. Hutang dengan individu lebih cepat bayar lebih selesa fikiran. Dengan selesainya sesuatu hutang kehidupan jadi lebih tenang. Sesuatu usaha boleh dipertimbangkan dan diusahakan.

Anda harus mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Apa yang diperlukan dan bila. Apa yang dimahukan dan bila. Jika mempunyai matlamat yang jelas, seseorang mempunyai daya tahan dari terikut dengan trend semasa dan emosi sendiri.

Perancangan adalah satu perkara yang wajib dibuat. Anda perlu buat bajet. Hitung pendapatan dan hitung semua perbelanjaan semasa. Kenal pasti kesannya pada aliran tunai bulanan dan perbelanjaan bertempoh seperti servis, kos selenggara, kos pembaikan, cukai dan lain-lain.

Cuba buat sesuatu yang lain untuk mendapatkan pendapatan kedua. Contohnya seperti berniaga kecil-kecilan secara atas talian atau tidak. Ia boleh dimulakan dengan modal yang kecil. Asalkan ianya berupaya menghasilkan pendapatan yang halal. Aliran tambahan tunai berkenaan boleh digunakan membayar hutang. Kemudian bolehlah menabung untuk simpanan keperluan dan kehendak akan datang.

Itu antara sebahagian panduan urus hutang yang boleh anda buat. Namun jika anda mampu mengelak untuk tidak berhutang adalah lebih baik. Namun jika terpaksa berhutang, uruslah perbelanjaan sebaiknya agar hutang dapat diselesaikan dan perbelanjaan sara hidup tidak terganggu.

sumber

Check Also

cara memilih baju melayu

Cara Memilih Baju Melayu Yang Betul

Baju melayu adalah pakaian yang menjadi pilihan ketika perayaan seperti hari raya aidilfitri. Bagi lelaki …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *