Home » Petua Dan Tips » Petua Atasi Masalah Senggugut

Petua Atasi Masalah Senggugut

Petua Atasi Masalah Senggugut. Masalah sengugut sering dihadapi oleh wanita yang datang bulan atau haid.Apakah itu senggugut? Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari , dan saluran falopio, dan pundi kencing. Senggugut juga dipanggil dysmenorrhoea.

Petua Atasi Masalah Senggugut
Petua Atasi Masalah Senggugut

Ada beberapa petua tradisional lama yang boleh anda amalkan untuk mereka yang menghadapi masalah ini. Jom slodeng petua yang dikongsikan dibawah.

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum setiap hari dari hari pertama datang haid.

Cara kedua adalah dengan mengambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. Anda juga boleh mencuba dengan minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Semoga perkongsian petua tradisional ini dapat membantu anda atasi masalah senggugut. Jika masalah berlarutan terus sahaja berjumpa doktor.

Check Also

Cara Atasi Masalah Kulit

5 Cara Merawat Masalah Kulit Anda Yang Mudah

5 Cara Merawat Masalah Kulit Anda. Kulit adalah antara bahagian anggota tubuh yang terdedah. Jadi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *