Home » Petua Dan Tips » Cara Hilangkan Resdung Secara Tradisional

Cara Hilangkan Resdung Secara Tradisional

Petua Cara Hilangkan Resdung Secara Tradisional. Semua orang ada resdung cuma serius atau tidak sahaja. Adakah anda mempunyai tanda-tanda resdung ? Ketahui punca dan cara merawatnya dengan berkesan.

Petua Cara Hilangkan Resdung
Cara merawat resdung

Apakah Itu Resdung
Resdung adalah penyakit yang disebabkan oleh adanya inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan ini kerap disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Tanda-Tanda Resdung
Mempunyai beberapa tanda jika anda menghadapi masalah ini dari peringkat awal dan apa lagi jika sudah serius.

– Pada awalnya akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
– Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
– Kerap bersin dan selsema.
Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
– Sakit gigi dan Sakit kepala.
– Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
– Hidung bernafas dan tersumbat.
– Nafas bau
– Mata gatal.
Tidur mendengkur
– Rambut ada kelemumur.
– Timbul jerawat.

Petua Cara Hilangkan Resdung Secara Tradisional

Ada beberapa amalan dan tips yang anda boleh amalkan cara merawat resdung di rumah adalah seperti dibawah.

Cara pertama adalah dengan menggunakan cuka epal dan madu. Caranya adalah dengan mengambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya lalu minum tiga kali sehari.

Tahulah anda yang lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi sifat antiseptik. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

Cara ketiga atasi resdung adalah dengan memampatkan bahagian pipi dengan air hangat. Mudah sahaja dengan basahkan tuala ke dalam air lalu perah airnya. Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.

Minum air mineral dengan banyak juga membantu merawat resdung. Air akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mencairkanya. harus diingat elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

Cara merawat resdung dengan limau nipis dan pandan. Anda harus sediakan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan yang dihiris halus-halus. Seterusnya perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau denga daun pandan. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas selesai cuci wajah Anda dengan air biasa.

Semoga perkongsian Petua Cara Hilangkan Resdung Secara Tradisional diatas dapat membantu anda merawat atau mengurangkan masalah resdung yang anda hadapi. Banyak lagi cara lain yang anda boleh cuba atau terus sahaja berjumpa doktor untuk rawatan moden untuk mendapatkan ubat resdung di farmasi.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *