Home » Petua Dan Tips » Petua Dan Cara Berkesan Halau Lalat

Petua Dan Cara Berkesan Halau Lalat

Petua Dan Cara Berkesan Halau Lalat. Pasti ramai yang menghadapi masalah ini dirumah. Selain membawa berbagai penyakit kehadiran lalat juga sangat merimaskan. Ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk menghalau lalat.

Petua Dan Cara Berkesan Halau Lalat
Lalat

Cara halau lalat yang boleh anda cuba.

Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *