Home » Petua Dan Tips » Petua Halau Semut Di Rumah

Petua Halau Semut Di Rumah

Petua Halau Semut Di Rumah. Semut memang merimaskan jika terlalu banyak. Jika anda menghadapi masalah semut dirumah ada beberapa tips dan cara untuk menghalaunya.

petua halau semut
petua halau semut

Petua Halau Semut
Cara pertama adalah dengan membakar kulit telur hingga menjadi abu. Kemudian tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. Insyaallah semut akan lari.

Petua kedua adalah dengan siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. Cara ini akan membuatkan semut hilang dari tempat itu.

Cara ketiga adalah dengan celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti balang gula atau keliling meja dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah semut pada gula, masukkan beberapa keping asam keping atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Cara lain untuk menghalau semut dari bekas gula adalah dengan meletakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula. Memasukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula.

Semoga petua halau semut diatas dapat membantu anda mengatasi masalah semut dirumah anda. Selamat mencuba.

Check Also

Cara Atasi Masalah Kulit

5 Cara Merawat Masalah Kulit Anda Yang Mudah

5 Cara Merawat Masalah Kulit Anda. Kulit adalah antara bahagian anggota tubuh yang terdedah. Jadi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *