Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Bulu Ketiak

Petua Hilangkan Bulu Ketiak

Petua Hilangkan Bulu Ketiak. Adakah anda mencari-cari tips, petua atau cara untuk membuang bulu ketiak? Disini kami akan kongsikan beberapa petau tradisional yang boleh anda cuba. Tidak perlu cukur kerana semakin cukur semangat meriah pula dia tumbuh.

Petua Hilangkan Bulu Ketiak

Petua pertama adalah dengan menggunakan sirih hidup dan kapur sirih. Langkah pertama yang harus anda buat adalah dengan mencabut dahulu bulu ketiak. Lepas selesai operasi mencabut, celupkan kunyit kedalam kapur kemudian gosok pada ketiak yang sudah sedia terang tadi. Biar beberapa minit dan basuh dengan air bersih.

Petua kedua pula adalah dengan jintan putih. Caranya adalah dengan sediakan 10 biji jintan dan campur sedikit kapur barus serta perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Seterusnya cukur bulu ketiak dan bila siap sapukan campuran jintan tadi , biarkan beberapa minit dan basuh. Cara ini dipercayai dapat mencegah tumbuhnya rerambut baru dan melambatkan proses bulu ketiak panjang.

Cara seterusnya adalah dengan menggunakan lada putih ditumbuk dengan kapur barus. Kemudian campur sedikit dengan minyak kelapa. Sebelum tidur sapukan ramuan tadi pada bahagian ketiak setiap malam. Dipercayai jika diamalkan dengan kerap akan membuatkan bulu ketiak tanggal dengan sendiri.

Selamat mencuba. Sekadar perkongsian, jika tidak selesa gunalah cara moden 🙂

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *