Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah

Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah

Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah. Masalah biasa yang dialami oleh wanita di Malaysia. Tumit kaki merekah atau pecah-pecah. Mungkin ada rawatan moden untuk masalah ini namun apa kata cuba rawatan tradisional tanpa bahan kimia.

Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah
Rawatan tumit kaki merekah

Kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah ini jom skodeng petua yang dikongsikan dibawah.

  • Paling mudah ditemui, guna sahaja daun pisang. Daun ini bersifat sejuk semulajadi. caranya dengan meramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosok pada tumit kaki.
  • Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.
  • Gunalah nasi dengan cara melenyekkan beberapa butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah.
  • Boleh juga gunakan bawang merah. Mudah sahaja caranya, perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah.
  • Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki anda beberapa minit setiap hari.
  • Guna lemak ayam pun boleh.┬áPanaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak, kemudian sapukan.

Inilah antara petua tradisional yang boleh anda amalkan. Lakukan secara bersungguh-sunguh, insyaallah pasti berjaya.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *