Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Ruam Pada Kulit Bayi

Petua Hilangkan Ruam Pada Kulit Bayi

Petua Hilangkan Ruam Pada Kulit Bayi. Masalah pada kulit bayi memang sering berlaku. Paling mudah terjadi adalah masalah ruam pada kulit. Pasti ramai ibu yang menghadapi masalah ruam ini. Ini tidak boleh dinafikan.

Antara bahagian yang sering mendapat ruam adalah pipi, dagu, leher, punggung dan anggota yang lain. Ini adalah disebabkan oleh kulit bayi yang sensitif. Maklumlah kulit baru dan mungkin adalah alahan pada persekitaran.

Ada beberapa jenis ruam yang biasa kita dengar sepertiĀ  ruam panas, ruam susu atau ruam lampin. Jadi kami kongsikan beberapa petua hilangkan ruam pada kulit bayi.

Petua Hilangkan Ruam Pada Kulit Bayi

Petua tradisional yang boleh anda cuba untuk menghilangkan ruam
Dengan menggunakan kelapa yang telah diparut. Caranya dengan membungkus dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam dikulit bayi. Jangan dikulit anda pula, memang tidak menjadi.

Cara kedua adalah dengan menggunakan minyak kelapa dara, sapukan pada bahagian ruam. Ulang sekerap mungkin, insyaallah kalau serasi ruam akan hilang.

Cara ketiga adalah dengan menyapukan bedak sejuk letakkan di tempat ruam. Ada juga yang mengatakan boleh guna tepung ubi.

Dengan perkongsian petua ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang menhadapi masalah ruam pada bayi comel tersayang.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *