Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Sakit Gigi

Petua Hilangkan Sakit Gigi

Pasti ramai yang mengalami sakit gigi. Disini kami kongsikan Petua Hilangkan Sakit Gigi secara tradisional. Mungkin petua ini boleh diamalkan sebagai penawar awal dan jika berlarutan pastikan anda dapatkan nasihat doktor.

Petua Hilangkan Sakit Gigi
Petua Hilangkan Sakit Gigi

Bilas Mulut Pakai Air Garam adalah salah satu petua yang paling popular. Pasti ramai yang mengetahui dan mengamalkannya. Air garam adalah ramuan mujarab untuk menyembuhkan sakit gigi. Campur sahaja garam dan air suam dan kumur-kumur, lakukan dengan kerap dan kesan sakit gigi akan hilang.

Bawang putih juga boleh digunakan dalam merawat masalah sakit gigi. Caranya adalah dapatkan dua ulas bawang putih, satu ulas cengkeh, satu sudu teh garam, dan beberapa titis minyak zaitun. Tumbuk semua bahan. Kemudian tempelkan pada bahagian luar gigi yang sakit selama 30 minit.

[ Ketahui Punca Gigi Jadi Kuning ]

Anda juga boleh mencuba daun jambu sebagai usaha anda menghilangkan sakit gigi. Ini kerana daun jambu mempunyai sifat anti-mikrob dan analgesik yang boleh meringankan sakit gigi. Caranya adalah dengan mengunyah daun jambu selama beberapa minit hingga dapat menghilangkan sakit gigi. Cara kedua adalah dengan merebus daun jambu hingga mendidih. Campur dengan garam dan gunakan sebagai ubat kumur.

Gunakan baking soda untuk hilangkan sakit gigi dengan cara mencampurkannya denga air, lalu celupkan kapas. Sapukan kapas pada kawasan yang terjejas. Atau kaedah lain dalam rawatan yang sama memakai bakin soda ialah dnegan mencampurkan sedikit air panas dengan baking soda, lalu letakkan pada bahagian gigi yang sakit.

Diatas adalah sebahagian dari petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Mungkin banyak lagi cara yang boleh dicuba dan berkesan. Namun jika masalah gigi berlarutkan dapatkan nasihat doktor gigi dengan membuat pemeriksaan mengikut jadual.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *