Home » Petua Dan Tips » Petua Keluarkan Duri Dari Jari Atau Anggota Badan

Petua Keluarkan Duri Dari Jari Atau Anggota Badan

Petua Keluarkan Duri Dari Jari Atau Anggota Badan. Bukan sahaja duri, tetapi tusukan benda kecil seperti kayu juga sering terjadi pada kita. Biasanya orang kita panggil selumbar. Bagi yang bekerja diladang seperti ladang sawit, sering menjadi mangsa duri pelepah sawit.

petua keluarkan duri
petua keluarkan duri

Jika siapa yang pernah mengalami tusukan duri dan selumbar pada jari atau anggota banda lain pastinya akan mengalami kesakitan yang amat sangat. Jika dibiarkan sudah pasti akan bertambah teruk sehingga kadang-kadang boleh bernanah.

Ada tiga petua yang boleh diamalkan untuk keluarkan duri dari jari. Tiga cara itu adalah seperti dibawah.

Petua Keluarkan Duri

Cara pertama adalah dengan menggunakan getah betik. Ambilah batang betik dan sapukan getahnya pada bahagian anggota yang terkena duri. Biarkan getah betik itu meresap. Kemudian picitlah kulit yang tertusuk itu.

Cara kedua adalah dengan rendam bahagian yang ditusuk duri atau kayu ke dalam rendaman air garam hangat selama 10 minit. Jika menjadi, durinya akan keluar sendiri.

Cara ketiga adalah dengan bawang putih yang ditumbuk. Ada dua cara untuk menggunakan bawang putih ini. Yang pertama adalah dengan membubuhkan bawang putih lumat pada permukaan yang kemasukan duri dan dibalut plester atau perban. Diamkan semalam sampai beberapa malam di mana duri akan keluar dengan sendirinya.

Semoga dengan perkongsian petua keluarkan duri ini dapat memberikan manfaat dan membantu anda nanti.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

2 comments

  1. Bagusnya Ada tips ni Tq for sharing

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *