Home » Petua Dan Tips » Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat. Perut buncit memang dialami oleh sesiapa sahaja. Paling ketara adalah dikalangan lelaki tapi itu tidak bermakna wanita terkecuali. Siapa tidak mahu perut yang kempiskan. Berbagai cara boleh dicuba secara moden dan tradisional.

Petua kempiskan perut buncit
Petua kempiskan perut buncit

Apakah Punca Perut Buncit
Dibawah adalah beberapa punca yang menyebabkan perut menjadi buncit seperti belon.

Siapa yang tidak suka makan. Namun jika makan berlebihan sudah pasti menjadi salah satu punca perut buncit. Jangan makan dengan laju. Ambil masa untuk mengunyah dengan sempurna dan anda akan merasa kenyang. Dengan ini anda akan dapat mengurangkan pengambilan makanan.

Jangan terus tidur selepas makan. Tidur selepas makan menyebabkan proses penghadaman usus tidak dapat bekerja dengan baik dan menyebabkan perut menjadi buncit.

Stress boleh menganggu tugas tubuh dan penghadaman sehingga membuatkan anda berasa kenyang. Situasi ini akan menimbulkan masalah pada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak. Hasilnya, perut anda akan kelihatan mengembang.

Hindari makan selepas jam tujuh malam, ketika metabolisme berada pada titik lemahnya. Pada waktu malam jika lapar makanlah snek atau makanan ringan. Sebaiknya atur jadual waktu makan anda secara teratur.

Cara atau petua kempiskan perut

Salah satu perkara wajib yang perlu anda lakukan adalah bersenam. Jika kekurangan masa, buat mana yang termampu. Jangan tinggalkan terus aktiviti fizikal. Berjalan dengan kerap juga adalah senaman. Naik tangga pejabat juga bagus untuk senaman fizikal anda. Namun ada satu petua yang boleh anda amalkan jika anda memang pemalas untuk bersenam secara kerap.

Anda boleh amalkan minuman detok timun untuk membakar lemak di bahagian perut. Tahukah anda bahawa air detok timun mampu merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan. Air detox boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Cara buat air detox timun
Bahan yang diperlukan adalah ½ biji lemon, 1 biji timun, segenggam daun parsley, 1 sudu kecil halia yang diparut dan 1/3 air masak. Kisar semua bahan diatas dan minum setiap malam sebelum tidur. Lakukan secara rutin untuk hasil yang baik.

[ Baca juga : RESEPI BUAT AIR DETOX ]

Semoga perkongsian petua kempiskan perut ini dapat membantu anda mendapatkan perut yang cantik.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *