Home » Petua Dan Tips » Petua Memutihkan Muka Secara Semulajadi

Petua Memutihkan Muka Secara Semulajadi

Petua Memutihkan Muka Secara Semulajadi. Siapa tidak mahu muka putih. Mungkin zaman sekarang banyak produk dipasaran yang tersedia untuk memutihkan muka, paling trending adalah Pamoga Qu Putih Qu Putih barulah putih. Itu antara cara moden untuk rawatan muka. Apa kata kita tengok cara tradisional pula.

petua wajah gebu dan putih
petua wajah gebu dan putih

Beberapa petua menggunakan bahan semulajadi mampu memberikan hasil yang memuaskan untuk memutihkan kulit muka. Tapi haruslah diamalkan secara kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Cara pertama adalah dengan menggunakan kentang. Ikut langkah seperti dibawah.

– Kupas kentang dan bersihkan dengan membasuhnya.
– Kisar kentang sehingga betul-betul halus. Guna sahaja blender
– Setelah itu campurkan madu secukupnya
– Letakkan campuran kentang dan madu diwajah anda, pastikan rata.
– Biarkan sehingga kering dan cuci

Cara kedua yang boleh dicuba adalah menggunakan susu.

– Gunakan susu krim dengan menyapu beberapa titik pada wajah menggunakan kain halus
– apabila telah disapu rata, biarkan kering dalam 30 minit dan basuh dengan air
– amalkan sebelum anda tidur

Cara ketiga adalah dengan campuran limau nipis dan putih telur

– Siapkan limau nipis dan sebiji telur ayam, gunakan bahagian putih sahaja
– Campurkan limau dan putih telur
– ratakan pada wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air bersih

Lakukan petua diatas secara teratur untuk kesan yang lebih baik.

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *