Home » Petua Dan Tips » Petua Menghilangkan Sakit Kepala Secara Tradisional

Petua Menghilangkan Sakit Kepala Secara Tradisional

Petua Menghilangkan Sakit Kepala Secara Tradisional. Banyak perkara atau punca yang menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Antara punca adalah masalah pada pembuluh darah dan saraf di kepala, kemurungan dan stress, kurang tidur, dehidrasi dan banyak lagi.

Sakit kepala pasti mengganggu kehidupan seharian sehingga banyak kerja yang tidak selesai. Selain ubatan moden anda boleh mencuba petua hilangkan sakit kepala tradisional yang dikongsikan dibawah.

Petua Menghilangkan Sakit Kepala
Petua Menghilangkan Sakit Kepala

Satu kajian melaporkan bahawa tidur di malam hari selama enam jam cenderung untuk mempunyai sakit kepala yang lebih teruk dan kerap daripada orang-orang yang memperoleh waktu tidur sekurang-kurangnya lapan jam dalam satu hari. Tidur dengan cukup boleh membantu mengurangkan sakit kepala.

Dengan melakukan aktiviti sukan atau senaman dapat mempercepatkan masa penyembuhan sakit kepala. Pergerakan badan dengan mengeluarkan peluh juga dapat menyihatkan tubuh badan. Lakukan senaman ringkas.

Salah satu petua yang boleh anda buat adalah merebus herba rosemary pada satu liter air hingga mendidih. Kemudian ambil tuala dan letakkan di atas kepala anda. Sedut wap selama lima minit. Ulangi petua hilangkan sakit kepala tanpa ubat ini hingga sembuh.

Kurangkan Makanan yang mempunyai kandungan tinggi garam (sodium), lemak tepu, lemak trans, kolesterol, dan gula tambahan. Contoh makanan yang sebaiknya Anda elak saat sakit kepala ialah mentega, keju, krim, produk daging, kafein, dan coklat.

Sakit kepala juga boleh dihilangkan dengan mengurut bahagian kepala, tengkuk, dan belakang telinga menggunakan minyak panas.

Perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi magnesium seperti brokoli, kacang, bayam, dan susu soya. Magnesium ialah mineral yang dapat menenangkan saraf sehingga sesuai diminum ketika sakit kepala atau migrain.

Anda juga boleh mengamalkan meminum air teh halia. Air halia adalah minuman herba yang berkhasiat untuk menangani beberapa penyakit seperti sakit kepala dan selama. Halia mempunyai sifat antioksidan yang dapat melawan jangkitan serta meningkatkan keupayaan imunisasi tubuh.

Semoga perkongsian Petua Menghilangkan Sakit Kepala Secara Tradisional diatas dapat membantu anda mengatatasi masalah yang anda hadapi. Jika berlarutan dapatkan nasihat doktor agar tiada masalah lain yang serius.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *