Home » Petua Dan Tips » Petua Merawat Mata Yang Rabun

Petua Merawat Mata Yang Rabun

Petua Merawat Mata Yang Rabun. Adakah anda mengalami masalah mata rabun? Tahukah anda apakah itu mata rabun?

Petua merawat mata yang rabun
Petua merawat mata yang rabun

Maksud mata yang rabun adalah dimana mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan kanta sebelum jatuh ke atas retina lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina.

Apakah petua merawat yang rabun yang boleh anda amalkan? Dibawah dikongsikan beberapa petua tradisional yang boleh anda cuba dan amalkan untuk mengatasi masalah rabun anda. Antara cara paling mudah adalah dengan pemakanan anda. Amalkan memakan sayuran seperti

Brokoli
Amalkan memakan brokoli. Brokoli mampu mengaktifkan enzim anti radang dalam tubuh badan untuk mengalakkan detokfisikasi yang turut mampu mencegah keradangan bahagian belakang mata.

Telur
Cukup sekadar memakan telur sekali sehari. Dengan mengamalkan memakan telur membantu melindungi mata dari pertumbuhan katarak kerana telur mengandungi sebatian sulfur, protien dan cysteine.

Kacang Soya
Kenapa perlu mengamalkan kacang soya dalam pemakanan? Tahukah anda bahawa kacang soya mengandungi isoflavon iaitu satu bahan antioksidan yang sangat kuat. Ianya mampu mampu melindungi mata dari menjadi kering.

Tomato
Selain untuk kecantikan kulit, tomato juga berguna untuk kesihatan mata. Tomato mengandungi lycopene dan lutein yang sangat penting untuk mata.

Bawang Putih dan Bawang Merah
Tahukah anda bahawa sejenis sulfur yang dipanggil glutation sangat bertindak selaku anti oksidan kepada kanta mata. Bahan ini banyak terdapat dalam bawang sama ada putih atau merah.

Lobak Merah
Ini adalah bahan yang sangat berkesan untuk kesihatan mata anda. Lobak mengandungi betecaotene yang diperlukan untuk penglihatan serta kaya dengan lycopene yang bertindak selaku pelindung mata dari sinaran UV.

Selain itu anda boleh amalakan petua mata yang rabun dengan cara dibawah.

Anda sudah tentu masak nasi setiap hari. Gunakan peluang ini untuk merawat mata anda. Caranya adalah dengan menghalakan mata pada wap yang keluar dari periuk nasi.

Selain itu, anda boleh mengamalkan rebusan sayur sawi. Anda perlu amalkan 3 kali seminggu. Caranya sangat mudah dengan hanya perlu merebus secekak sawi dengan 2 gelas air. Diminum ketika suam.

Semoga perkongsian petua merawat mata yang rabun ini dapat membantu anda. Harus diingat ini adalah petua tradisional, anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan moden.

Check Also

Petua kempiskan perut buncit

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat. Perut buncit memang dialami oleh sesiapa sahaja. Paling ketara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *