Home » Petua Dan Tips » Petua Sayur Sentiasa Segar

Petua Sayur Sentiasa Segar

Petua Sayur Sentiasa Segar. Sayur-sayuran adalah bahan makanan yang mempunyai khasiat yang berbagai. Agak rugi jika kita bukan tergolong dalam kelompok yang pengemar sayur. Mungkin ada antara anda yang membeli sayur dalam kuantiti yang banyak untuk simpanan jangkamasa panjang kerana mungkin kekangan masa menghalang anda untuk ke pasar setiap hari. Mungkin anda pernah mengalami masalah sayur cepat layu walau disimpan dalam peti sejuk. Disini kami kongsikan petua buat anda.

petua sayur sentiasa segar
petua sayur sentiasa segar

Petua dibawah sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar dicari. Sekadar menggunakan kertas surat khabar dan plastik hitam.

CARA-CARA MENGEKALKAN KESEGARAN SAYUR

1. Basuh sayur sehelai demi sehelai sehingga bersih.

2. Lap sayur anda menggunakan tisu atau tuala sehingga kering.

3. Bungkus sayur menggunakan kertas surat khabar.

4. Akhir sekali, masukkan bungkusan sayur tadi ke dalam plastik hitam. Ikat rapat-rapat. Anda akan dapati sayur anda akan tetap segar biarpun tersimpan lama di dalam peti sejuk.

Dengan empat langkah mudah diatas, anda mampu mengekalkan sayur dalam keadaan segar dan tidak layu. Selamat mencuba.

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *