Home » Petua Dan Tips » Petua Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Petua Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Petua Turunkan Tekanan Darah Tinggi. Di Malaysia penghidap penyakit hipertensi ini sangat tinggi. Tidak kira usia tua atau muda jika tidak menjaga pemakanan pasti akan terkena. Tekanan kerja atau berbagai masalah kehidupan yang tidak tertanggung antara yang menjadi punca.

Petua Turunkan Tekanan Darah Tinggi
petua rawat darah tinggi secara tradisional

Disarankan anda sentiasa pergi membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan tekanan darah anda sentiasa normal. Jika telah tinggi boleh dirawat segera dengan pengambilan ubatan moden. Jangan biarkan telah tahap teruk baru mahu berubat.

Selain dari perubatan moden, anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional yang dikongsikan dibawah.

Petua Turunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Tradisional

Petua pertama adalah dengan menggunakan tiga bahan iaitu kelapa muda, batang serai dan biji halba.

Sediakan bahan dibawah
Sebiji kelapa muda yang masih berisi lembut.
3 batang serai
7 biji halba

Selepas semua bahan diatas ada, ikuti langkah berikut
Halba dan serai dititik atau diketuk sikit. Kemudian masukkan dalam buah kelapa. Letak atas dapur buah kelapa tadi.
Masak kelapa tu agak agak airnya panas. Kemudian angkat dan tuang dalam cawan atau bekas. Biarkan suam sikit baru minum.

Selain cara diatas anda juga boleh mencuba petua turunkan tekanan darah tinggi dibawah.

Gunakan bawang putih. Caranya adalah dengan mengambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.

Gunakan cincau. Cara makan ialah setiap dua hari sekali anda boleh makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau nak lebih mudah, kisar semua cincau dan minum macam biasa.

Semua diatas adalah persediaan tradisional dan bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat. Amalkan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Namun jangan lupa untuk terus mendapatkan rawatan dari pakar di hospital untuk memastikan tekanan darah sentiasa stabil.

Semoga perkongsian petua turunkan tekanan darah tinggi ini dapat memberi manfaat kepada penghidap darah tinggi. Bagi yang tidak menghidap, jagalah pemakanan dan gaya hidup anda. mencegah lebih baik dari mengubat.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *