Home » Petua Dan Tips » Petua Untuk Merawat Kulit Kusam

Petua Untuk Merawat Kulit Kusam

Tahukah anda cara atau petua untuk merawat kulit kusam? Ada berbagai cara dan petua tradisional yang boleh anda cuba. Penggunaan bahan semulajadi adalah lebih selamat berbanding penggunaan produk kecantikan yang anda sendiri tidak pasti keberkesanannya.

Merawat Kulit Kusam Tidak Sukar

Air suam sangat penting untuk tubuh badan manusia. Jangan abaikan minum air suam setiap hari. Paling tidak 8 gelas sehari. Ini adalah kerana air mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya nampak bersinar dan tegang.

Jika anda peminat yogurt ini adalah satu kelebihan buat anda. Tahukah anda bahawa Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.

petua untuk merawat kulit kusam
petua untuk merawat kulit kusam


Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.
 
Cara: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.


Lemon mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut  membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.


Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
 
Cara: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah . Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.

Diatas adalah 5 petua untuk merawat kulit kusam secara tradisional yang boleh anda cuba. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Check Also

petua buang duri

Petua Keluarkan Duri Dari Jari Atau Anggota Badan

Petua Keluarkan Duri Dari Jari Atau Anggota Badan. Bukan sahaja duri, tetapi tusukan benda kecil …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *