Air minuman yang berbagai rasa , warna dan bahan tambahan didalamnya memang popular di bulan ramadhan. Melihat warnanya yang berbagai sudah pasti mampu mengoda mata. Kepada yang sering ke bazar ramadhan sudah pasti melalui pengalaman ini. Kami ingin kongsikan resepi air jagung Klebang yang menjadi viral atau pilihan waktu ini.

Jika anda biasa pergi ke bazar ramadhan atau ke pasar malam pasti akan terjumpa berbagai jenis air. Satu ketika dulu popular dengan air katira. Namun pada tahun ini paling banyak dijual atau hampir semua penjual air balang ada menyediakan air jagung klebang ori. Warna kuning yang memikat dengan otak membayangkan rasa jagung yang enak sudah pasti akan memaksa diri membeli sebungkus.
Resepi Air Jagung Klebang Ori
Membuat air yang sedap tidak suakr jika kita tahu akan bahan dan campuran kadar airnya. Memang diakui rasa air setiap penjual tidak sama antara satu sama lain. Jika betul sukatan sudah pasti akan menjadi sedap dan akan ramailah pelanggan tetap. Jom kita buat air jagung klebang ori sendiri dirumah untuk berbuka puasa.
Bahan-bahan
Air
Perisa atau kordial jagung
Satu tin susu cair
2 sudu besar sudu pekat
gula
Cara Membuat Air Jagung Klebang
Langkah pertama adalah memasak air dengan gula dengan kadar nisbah 1 kole air dengan 6 sudu gula. Masakan campuran air dan gula sehingga mendidih.
Selepas mendidih masukkan perisa atau kordial jagung kedalam air dengan kadar secukupnya. Biarkan terus mendidih kemudian terus masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
Selepas siap langkah diatas tutup api dan masukkan pula susu pekat manis secukup rasa dan biarkan sejuk. Boleh simpan dalam peti sejuk atau masukkan ais semasa hidangan. Boleh juga ditambah dengan aiskrim semasa dihidangkan dengan berbagai perasa seperti vanilla, coklat, keladi atau lain-lain.
Siap sudah resepi air jagung klebang ori yang sedap untuk juadah berbuka puasa ramadhan atau untuk minuman waktu tengahari dihari biasa atau majlis keramaian. Selamat mencuba. Minum petang sambil melayan jagung rebus cheese juga sesuai.
AMBIL PERHATIAN
Bila sudah pandai buat air jagung klebang yang sedap, sudah boleh fikir untuk buat duitkan. Air jagung klebang ditambah dengan beberapa jenis lagi air balang yang power, anda mampu menjana pendapatan lumayan. Hendak tahu cara lebih lanjut, klik banner dibawah untuk lebih maklumat berniaga air balang yang berjaya.