Home » Resepi Pilihan » Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada meletakan ayam sebagai bahan tambahan dan juga sebagai bahan utama. Kami ingin kongsikan kepada anda resepi ayam berlada yang sedap dan mudah dimasak.

resepi ayam berlada

Sebelum itu, jika kita bercerita tentang masakan berlada atau pedas, kita pasti terbayangkan akan cili. Untuk rasa pedas yang original sebaiknya gunalah cili hidup yang merah. Jika kita menggunakan cili segera atau cili giling rasanya tidak sesedap cili hidup.

Anda Juga Boleh Cuba : Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Berlada

Sudah sedia untuk ke dapur untuk memasak ayam berlada? Pastikan anda telah menyiapkan bahan-bahan yang sepatutnya. Pastikan cukup agar anda mendapat masakan yang sempurna.

Bahan-Bahan Ayam Berlada

1/2 ekor ayam yang telah dilumur garam dan kunyit
1 biji bawang besar perlu dihiris bulat
1 biji tomato yang dicincang dadu
2 sudu besar gula
1 – 2 sudu kecil garam
asam keping atau air asam jawa

Selain itu anda perlu sediakan bahan untuk dikisar iaitu :
10 batang cili merah
5 tangkai cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara Memasak Ayam Berlada
Siap semua bahan diatas, masa anda beraksi didapur. Jom kita mulakan memasak ayam berlada yang pedas dan sedap.

Langkah pertama yang perlu anda buat adalah mengoreng separuh masak ayam yang telah siap dilumur dengan kunyit dan garam tadi. Sudah siap ketepikan dahulu.

Sekarang masa untuk menumis. Tumis bahan yang telah dikisar seperti diatas. Tumis semua bahan itu sehingga naik minyak dan baunya. Selepas itu masukkan tomato yang telah dicincang dadu, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

Selepas bahan tumis telah naik minyak masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi kemudian baru masukkan bawang yang dipotong bulat. Biarkan sehingga naik bau dan terbit minyak serta bawang telah layu. Selepas itu angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah bukan untuk mencuba resepi ayam berlada yang sedap ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari atau malam anda. Sempena bulan ramadhan ini boleh juga berbuka dengan nasi panas berlaukan ayam berlada. Sudah pasti membuka selera.

sumber

Check Also

Resepi Air Jagung Klebang

Resepi Air Jagung Klebang Yang Sedap

Air minuman yang berbagai rasa , warna dan bahan tambahan didalamnya memang popular di bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *