Home » Resepi Pilihan » Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap. Apa yang pasti inilah lauk yang mampu membuka selera siapa sahaja. Dengan tarikan warnanya apa lagi jika dapat merasa. Memang banyak resepi berasaskan ayam tetapi goreng dengan kunyit antara pilihan admin, sebab itu hendak kongsikan.

Bahan yang anda perlukan untuk memasak ayam goreng kunyit

300 gram ayam ambil bahagian dada
2 ulas bawang putih yang dihiris nipis
2 senduk minyak masak
4 batang kacang panjang yang dipotong 2 inci
1 biji bawang merah dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar dihiris nipis

Resepi Ayam goreng kunyit
Ayam goreng kunyit

Cara Memasak Ayam Goreng Kunyit memang mudah seperti dibawah
Langkah pertama adalah menyediakan ayam. Potong dada ayam menjadi kiub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perapkan selama lebih kurang lebih 5 minit.

Langkah kedua adalah dengan panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam menggunakan api besar. Kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. Kemudian masukan bawang merah dan bawang putih yang siap dihiris dan teruskan mengacau.

Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. Taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. Siap sudah untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan merasa resepi ayam goreng kunyit sedap dan mudah dimasak. Anda juga mungkin boleh mencuba Cendawan Goreng Kunyit ini.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *