Home » Resepi Pilihan » Resepi Ayam Panggang Lada Hitam Power

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam Power

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam Power. Peminat ayam pasti teruja dan terliur dengan ayam panggang. Memang sedap dan membuka selera bila memandang apa lagi bila dimakan. Mungkin anda ingin mencuba sendiri cara memasak ayam panggang lada hitam ini. Terus sahaja ikut seperti resepi yang dikongsikan dibawah.

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam
Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan-bahannya ayam panggang lada hitam
● 1/2 ekor ayam size kecil
● 1/2 labu bawang putih – parut
● 2 inci halia – parut
● 1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
● 2 sudu besar kicap manis/pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 2 sudu besar madu
● garam sedikit
● minyak zaitun

Cara-caranya memasak ayam panggang lada hitam
Gaul ayam dgn halia, bawang putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas atau loyang. Perap sekurang-kurangnya 2hingga 3 jam atau semalaman.
Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam dan bakar selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20 min jiruskan air ayam yang keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *