Home » Resepi Pilihan » Resepi Ayam Rebus Berkuah Kicap

Resepi Ayam Rebus Berkuah Kicap

Resepi Ayam Rebus Berkuah Kicap. Satu lagi resepi berasaskan ayam yang perlu anda cuba. Rasanya lebih sihat kerana hanya perlu merebus dan sudah tentu kurang kolestrol. Pada yg meminati masakan cara rebusan, boleh cuba resepi ini. Boleh juga di makan bersama kuah cili. Paling penting sedap, murah dan mudah dimasak.

resepi ayam rebus
resepi ayam rebus sedap dan mudah

Resepi Ayam Rebus

Sebelum mula memasak perkara yang anda perlu buah adalah menyediakan bahan-bahan secukupnya. Kemudian ikuti langkah yang dikongsikan dibawah.

Bahan-Bahan Ayam Rebus
4 bahagian peha. Boleh juga guna 1/2 ekor ayam.
Halia dalam 2 inci perlu ditumbuk
Bawang putih 4 ulas di tumbuk halus
Bawang kecil 5 biji di tumbuk halus
Kayu manis dan bunga lawang
Seketul kiub ayam knor
Sedikit lada sulah,garam dan gula
Daun ketumbar
Kicap cair dan sedikit minyak bijan

Cara Memasak Ayam Rebus Yang Sedap
Langkah pertama adalah dengan memanaskan air rebusan dalam kadar yang cukup untuk menenggelamkan ayam. Proses seterusnya adalah menumis. Kayu manis bunga lawang dan bahan yang siap ditumbuk seperti bawang, halia ditumis dengan minyak yang sedikit.

Kemudian Masukkan bahan tumisan dalam air rebusan. Bila sudah mendidih masukkan lada sulah, kiub ayam, sedikit gula dan garam secukup rasa. Masukan ayam dan rebuslah hingga ayam empok dengan menggunakan api yang sederhana. Bila sudah empuk angkat ayam dan masukan dalam air sejuk. Toskan dan potong ikut saiz kesukaan anda.

Langkah seterusnya ambil sedikit air rebusan, masukan sedikit kicap cair dan kicap pekat. Tambah sedikit minyak bijan. Kemudian curah atas ayam rebus yang telah disejukan. Untuk hiasan taburkan daun ketumbar yang di hiris halus.

Selamat mencuba resepi ayam rebus berkuah kicap yang sedap dan mudah dimasak.

Sumber : Resepi Masakan Yati Mohd

Cuba juga resepi : Ayam Panggang Lada Hitam

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

One comment

  1. dengar nama resepi ” Ayam Rebus Berkuah Kicap ” dah tahu sedap … lepas ni nak buat …nak tengok jadi tak…ahahaha

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *