Menjelang musim perayaan seperti hari raya aidilfitri sudah pasti berbagai biskut sedia untuk dibakar. Biskut memang popular dimusim perayaan di Malaysia. Disini kami kongsikan resepi biskut Cornflakes Madu yang juga merupakan biskut pilihan atau popular.

Bahan-bahan Membuat Biskut Cornflakes Madu
Bahan yang anada perlukan untuk membuat biskut ini tidak sukar dan agak tidak tinggi kosnya. Bahan-bahan adalah seperti dibawah.
125 gram butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu
1 kotak cornflakes 500 gram
1 cawan badam
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dipotong dadu bersaiz kecil
Cara Membuat Biskut Cornflakes Madu
Langkah pertama yang anda perlu buat adalah memanaskan bahan butter, brown sugar dan madu dalam satu periuk dengan api kecil. Kemudian masukkan cornflakes dan badamg. Gaulkan rata bersama campuran madu, butter dan brown sugar tadi.
Seterusnya gunakan sudu dan masukkan bahan yang telah diadun tadi ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan ceri di atasnya.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170’C selama 8-10 minit. Siap sudah biskut Cornflakes Madu untuk juadah hari raya anda.
Selamat mencuba resepi biskut cornflakes Madu kepada yang rajin membakar. Kalau tidak rajin anda boleh sahaja membeli dikedai tapi mungkin tidak sesedap air tangan anda sendiri.
Anda juga boleh cuba Biskut Cip Coklat ini