Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Suji Kristal Untuk Hari Raya

Resepi Biskut Suji Kristal Untuk Hari Raya

Kalau hendak bercerita tentang biskut memang tidak habis. Dari rasa, bentuk, warna dan juga nama yang memang berbagai. Setiap orang pasti ada biskut kegemaran masing-masing. Kali ini kami ingin kongsikan resepi biskut suji kristal sempena sambutan hari raya aidilfitri tidak lama lagi.

resepi biskut suji

Bagi yang tidak berkesempatan atas kesibukan sudah pasti sudah membuat tempahan atau sedang rambang mata memerhati berbagai aneka jenis biskut raya yang ada dipasaran. Apa yang perlu anda sediakan hanya duit sahaja. Namun kepada yang suka membuat sendiri boleh mencuba resepi biskut suji dibawah. Buat sendiri lebih jimat dan dapat lebih banyak.

Resepi Biskut Suji

Boleh dikategorikan sebagai biskut otai kerana sudah lama wujud dalam senarai biskut orang melayu khasnya. Tidak hairan mengapa biskut ini antara yang menjadi pilihan. Biskut suji yang ranggup adalah biskut yang mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan modal yang tinggi.

Bahan-Bahan Biskut Suji
Sebelum membuat biskut anda perlu sediakan dua bahagian bahan seperti dibawah. Bahan A perlu diayak bersama dahulu.

Bahan A
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar siap dipanggang
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi yang telah cairkan dan disejukkan

Bahan pewarna : Pink hijau dan kuning atau ikut kegemaran anda
Bahan Hiasan : Gula Kaster

Cara Membuat Biskut Suji Kristal
Langkah pertama adalah dengan menyatukan Bahan A dan Bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. Warna boleh mengikut kegemaran anda.

Setelah siap dibahagikan dan diwarnakan susunkan ketiga-tiga doh ini kepada 10gm setiap doh. Kemudian bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.

Selepas dikeluarkan dari ketuhar, biarkan sejuk kemudian baru disalut dengan gula kaster. Siap sudah biskut suji untuk hari raya anda.

Selamat mencuba resepi biskut suji kristal yang ranggup dan sedap.

sumber

Check Also

Resepi Air Jagung Klebang

Resepi Air Jagung Klebang Yang Sedap

Air minuman yang berbagai rasa , warna dan bahan tambahan didalamnya memang popular di bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *