Home » Resepi Pilihan » Resepi Cheese Cake Oreo Tanpa Bakar

Resepi Cheese Cake Oreo Tanpa Bakar

Resepi Cheese Cake Oreo Tanpa Bakar. Pengemar cake yang berasaskan cheese patut mencuba resepi yang dikongsikan ini. Memang mudah dan sedap serta tidak perlu dibakar dalam ketuhar.

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk Cheese Cake Oreo adalah seperti dibawah.

1 peket biskut oreo
50 gram mentega atau butter
200 gram whipping cream
250 gram cream cheese
yogurt atau susu segar
sedikit gelatin

Cara Membuat Cheese Cake Oreo
Mula-mula anda perlu asingkan biskut oreo dari cream yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan dalam kisaran keju nanti. Kemudian anda perlu hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base kek anda.

Langkah seterusnya adalah dengan cairkan sedikit mentega dan campurkan bersama biskut oreo. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian. Sudah siap boleh ketepikan dan simpan di dalam peti sejuk.

Resepi Cheese Cake Oreo Tanpa Bakar
Cheese Cake oreo Tanpa Bakar

Langkah seterusnya putarkan whipping cream, cream cheese, yogurt atau susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran. Masukkan sedikit krim biskut oreo.

Bila telah siap sebatian yang dikisar tadi anda boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo. Boleh diletakkan jem atau buah-buahan sebagai hiasan tambahan.

Sudah siap semua langkah diatas masukan dalam peti sejuk selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan berkrim.

Semoga perkongsian resepi Cheese Cake Oreo Tanpa Bakar diatas dapat membantu memudahkan anda membuat cake cheese yang sedap. Selamat mencuba.

sumber

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *