Home » Resepi Pilihan » Resepi Cup Cake Coklat Kukus

Resepi Cup Cake Coklat Kukus

Resepi Cup Cake Coklat Kukus. Anda peminat cupcake? Nak tahu cara membuat cup cake yang mudah tapi sedap? Sebenarnya terlalu banyak jenis kek cawan ini dengan berbagai perisa mengikut selera anda. Janji betul cara buat dan cukup bahannya, hasil pasti terbaik.

Resepi Cup Cake Coklat Kukus
Cupcake coklat

Kali Mysensasi kongsikan resepi membuat cup cake coklat yang mudah dan sedap. Apa yang anda perlukan adalah bahan-bahan seperti dibawah.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT CUPCAKE
3 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas untuk membancuh

CARA MEMBUAT CUPCAKE
-Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang
-Masukkan susu pekat, kacau hingga sebati
-Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sebati dan masukkan minyak.
-Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
-Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri kemudian kukus selama 20 minit.

Mudah bukan untuk membuat cupcake coklat. Kalau nak buat perisa lain, ganti sahaja serbuk koko dengan perisa lain. Selamat mencuba.

sumber

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

One comment

  1. makan mudah, nk buat tu bercinta nk gi beli bahan2

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *