Home » Resepi Pilihan » Resepi Daging Masak Belacan Yang Sedap

Resepi Daging Masak Belacan Yang Sedap

Resepi Daging Masak Belacan Yang Sedap. Peminat masakan berasaskan daging pernah dengar ke tentang resepi ini. Tapi kepada pengemar belacan sudah pasti akan terbuka selera untuk mencuba.

resepi daging masak belacan
resepi daging masak belacan mudah

Sebelum memasak pastikan anda telah sediakan bahan-bahan dengan selengkapnya. Lepas itu baru boleh masuk dapur dan memulakan aksi memasak daging masak belacan.

Bahan-bahan yang diperlukan
1 biji kelapa ambil santan pekat sahaja ( perahan pertama )

Bahan ini perlu di kisar
25 tangkai cili kering
1 biji bawang besar yang sedang
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 inci belacan
3 batang serai
Asam keping
Gula
Garam secukup rasa

Cara memasak daging masak belacan
Anda perlu masak santan kepala sampai pecah minyak.
Kemudian baru masukan bahan yang dikisar dan dimasak masak sampai mendidih
Langkah seterusnya masukan daging, serai, asam keping, bwang besar, gula dan garam
Biarkan masak sampai air daging kering dan pecah minyak.

Siap sudah dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba resepi daging masak belacan sedap dan mudah.

Cuba juga 

Resepi daging salai 

Resepi sup daging

sumber page FB Resepi Masakan Daging

Check Also

Resepi Air Jagung Klebang

Resepi Air Jagung Klebang Yang Sedap

Air minuman yang berbagai rasa , warna dan bahan tambahan didalamnya memang popular di bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *