Home » Resepi Pilihan » Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Masak lemak cili api memang antara gulai atau lauk yang sedap. Ada berbagai jenis masakan lemak ini, antara yang terbaik adalah dengan daging salai.

Biasanya masak lemak cili api ini pedas dan jika digabungkan dengan daging salai memang tidak terkira sedapnya. Rasa daging salai itu yang menjadikan ianya sesuatu yang istimewa.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Jom kita cuba untuk membuatnya dengan menyediakan bahan dan langkah dibawah.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan
Daging yang sudah disalai
Santan pekat
Asam keping atau asam gelugor
Kentang
3 batang serai siap dititik
Segenggam cili api atau ikut kepedasan yang anda mahu
Kunyit hidup

Cara memasak Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Masukkan bahan tumbuk iaitu cili api dan kunyit hidup, serai dan segelas air ke dalam periuk. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih.
Masukkan daging salai yang sudah siap dihiris. Masak hingga mendidih dan kuah agak berubah warna.
Masukkan kentang. Masak lagi hingga kentang agak empuk.
Masukkan asam gelugor dan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah lemak.
Bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebentar. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

sumber asal resepicikguani.blogspot.com

Extra : Ketahui Cara Lembutkan Daging

Check Also

Resepi Air Jagung Klebang

Resepi Air Jagung Klebang Yang Sedap

Air minuman yang berbagai rasa , warna dan bahan tambahan didalamnya memang popular di bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *