Home » Resepi Pilihan » Resepi Ikan Cencaru Goreng Sambal

Resepi Ikan Cencaru Goreng Sambal

Tiada idea untuk masak apa hari ini? Apa kata anda cuba Resepi Ikan Cencaru Goreng Sambal. Bukan sahaja sedap tapi mudah dan cepat. Ok boleh mula sekarang, sesuai untuk hidangan tengahari anda.

Resepi Ikan Cencaru Masak Sambal
Ikan Cencaru Masak Sambal

Bahan – bahan
3 ekor ikan cencaru
1 inci halia (dikisar kasar)
1 inci kunyit hidup (dikisar kasar)
3 biji bawang merah (dikisar kasar)
4 ulas bawang putih (dikisar kasar)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 mangkuk cili kering (dikisar)
Garam, gula dan perisa
Sedikit air asam jawa

Cara membuat
1. Goreng ikan cencaru hingga garing.
2. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kering dan gaul sebati.
3. Masukkan garam, gula dan perisa.
4. Tuang air asam jawa. Biarkan kuah memekat sedikit.
5. Masukkan ikan dan tunggu 5 minit.
6. Angkat dan hidang.

Selamat mencuba, resepi ini mudah dan pasti jadi. Kalau tidak cukup untuk kongsi lauk , kongsikan sahaja resepi kepada jiran biar dia buat sendiri 🙂

sumber gambar & resepi Mingguan Wanita

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *