Home » Resepi Pilihan » Resepi Jagung Rebus Cheese Leleh

Resepi Jagung Rebus Cheese Leleh

Resepi Jagung Rebus Cheese Leleh. Peminat jagung mesti cuba sesuatu yang baru dan lebih merecik hawau. Biasa kita hanya rebus atau bakar sahaja. Apa kata kita ubah sikit rebus dan tambah bahan yang mampu membuat air liur meleleh.

Disini MySensasi kongsikan satu resepi yang boleh bikin orang tidak ada gigi pun akan makan jagung dengan rakusnya. Jagung Rebus Cheese Leleh, bermacam dah resepi dari cheese.. cheese juga dapat nama, bukan sapi lagi.

Seperti biasa,apa yang anda perlukan haruslah bahan-bahan. Yang penting ada jagung, takkan nak guna pisang pula.

Bahan-bahan
Jagung 6 ketul atau ikut suka andalah, tapi jangan banyak sangat
Susu cair 1 tin
Susu pekat 3 sudu besar
Air secawan
4 sudu butter
2 keping cheese
Gula dan garam secukup rasa, pastikan bukan lori garam terbalik.

Cara-cara
– Seperti biasa kalau sudah namanya jagung rebus haruslah direbus dulu. Rebus jagung dalam 15 ke 20 minit. Selepas itu keluarkan jagung yang sudah direbus itu.
– Kemudian masukkan bahan-bahan seperti susu cair, susu pekat, butter, cheese, gula dan garam. Lepas semua dah sebati, masukkan jagung semula.
– Tidak perlu lama sangat janji masak kerana jagung pun sudah rebus dahulukan, lama-lama nanti lembik pula jagung.

Siap untuk hidangan, meleleh ke tidak ni? Kalau hendak tahu, sila cuba resepi jagung rebus cheese.

Resepi jagung Rebus Cheese Leleh
jagung Rebus Cheese

Jagung rebus cheese layan dengan air jagung klebang pun sedapkan.

sumber fb aneka resepi cake
resepi oleh Sharifah Azalini Al Jafry

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *