Home » Resepi Pilihan » Resepi Jus Susu Kurma Untuk Ramadhan

Resepi Jus Susu Kurma Untuk Ramadhan

Ramadhan semakin hampir yang pasti ramai yang tidak sabar menunggu tibanya. Namun sepanjang berpuasa, bagi yang berkerja tidak boleh menjadikan alasan berpuasa sebagai punca untuk mengurangkan produktiviti. Tidak dinafikan berpuasa akan menyebabkan anda sedikit lesu. Sebagai salah satu cara untuk kekal cergas, kami kongsikan resepi jus susu kurma.

Resepi Jus susu kurma Untuk Berbuka puasa

Khasiat Jus Susu Kurma

Jus Susu Kurma ini mempunyai berbagai khasiat untuk tubuh badan. Antaranya adalah membantu menyalurkan oksigen ke otak dengan lancar, memberikan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh, merangsang ginjal mengeluarkan toksin dan menurun tekanan darah tinggi. Ini secara tidak langsung dapat juga membuatkan anda sentiasa segar dan cergas sepanjang berpuasa dibukan ramadhan.

Bahan-bahan untuk membuat jus susu kurma adalah seperti dibawah.
1/2 kotak susu segar
10 biji kurma dibuang biji dan dibersihkan
1 cawan air panas
Beberapa ketulan ais
1 sudu kecil gula

Cara membuat jus susu kurma

Cara menyediakan jus ini sangat mudah dan ringkas. Ikuti langkah yang dikongsikan dibawah.
1. Rendam kurma dalam air panas 15 mimit
2. Kisar kurma bersama air tadi sampai halus
3. Masukkan ais dan kisar dengan gula
4. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati.

Sesuai dibuat minuman ketika berbuka puasa atau ketika bersahur pada awal pagi. Selamat mencuba resepi jus susu kurma untuk kekal cergas sepanjang ramadhan.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *