Home » Resepi Pilihan » Resepi Kek Pandan Kelapa Hijau Menawan

Resepi Kek Pandan Kelapa Hijau Menawan

Resepi Kek Pandan Kelapa Hijau Menawan. Berbagai jenis kek dan mempunyai berbagai bentuk, warna dan rasa. Salah satu kek yang sedap dan memang menawan selera adalah Kek Pandan Hijau. Kalau sudah pandan pasti hijau, mana mungkin pandan berwarna pink atau lain-lain.

Apa kata kita cuba membuat kek ini sendiri, kepada yang telah mahir boleh membantu memberikan tips agar kek lebih gebu dan sedap. Jika pertama kali boleh sahaja cuba menerusi resepi yang dikongsikan dibawah.

Bahan bahan yang anda perlukan adalah seperti :

125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering

Cara membuat Kek Pandan Hijau yang sedap

1. Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang dengan menggunakan mixer. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

2. Masukkan esen vanila dan perisa pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul.

3. Selesai memukul bahan dengan mixer, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.

4. Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F (173C) selama 45-50minit.

5. Cucuk di tengah kek dengan lidi untuk menguji sama ada kek betul-betul masak.

Siap sudah kek pandan. Mudah dan tidak perlu bahan yang banyak. Selamat mencuba.

Resepi Kek Pandan Kelapa
Resepi Kek Pandan Kelapa

sumber

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *