Home » Resepi Pilihan » Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Resepi Kuih Keria Gula Melaka. Ini kuih tradisinal tetapi telah mula meletup apabila dunia heboh tentang kuih keria antarabangsa yang popular di Melaka. Sampai berbaris-baris orang membeli siap ada tempahan awal. Yang tidak merasa balik tangan kosong pun ada. Memang meletup kuih keria ini.

Tapi apa kata anda cuba sendiri, walaupun tidak sama seperti kuih keria yang di Melaka, tapi rasanya tidak jauh beza rasanya. Silap-silap anda punya lagi sedap dan power. Siapa tahukan, tidak dicuba lagi.

Resepi Kuih Keria Gula Melaka
Kuih Keria Gula Melaka

Mysensasi hendak kongsikan satu resepi kuih keria gula Melaka yang pasti sedap jika betul cara anda membuatnya. Pertama sekali perlu ada adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan
700 gram kaledek tidak kiralah warna apa
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula melaka – hiris
1 camca besar gula pasir
1/4 cawan air
1 camca teh penuh baking powder – serbuk penaik
garam secukup rasa

Siap semua bahan, masa untuk menguji skil anda memasak pula. Ikuti langkah resepi kuih keria gula melaka atau cara yang dikongsikan dibawah.

Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah kupas kulit kaledek kemudian dipotong kiub besar dan rebus kaledek tadi. Jangan lupa masukan garam dan biarkan hingga empuk. Bila sudah empuk toskan dan lecek hingga halus.

Langkah seterusnya gaul tepung dengan baking powder dan masukan kedalam kaledek yang telah di lecek tadi. Ingat harus digaul hingga sebati sampai menjadi adunan yang lembut.

Langkah seterusnya ambil sedikit adunan tadi bulat-bulatkan dan tekan sedikit biar leper. untuk membuat lubang ditengahnya cucukan dengan jari.

Mula dah untuk mengoreng dengan panaskan minyak dalam kuali. Goreng kuih keria tadi hingga nampak warna keemasan. bila sudah keemasan angkat dan toskan minyak. Siap semua digoreng, keluarkan semua minyak dan masukan gula melaka bersama air dan gula pasir. Gunakan api sederhana dan kacau hingga gula larut. Biarkan hingga gula berwarna pekat dan berbuih.

Bila gula melaka sudah siap, masukan kuih keria tadi ke dalam kuali yang ada gula melaka dan gaul hingga sebati. Akhir sekali, terus memasak dengan api kecil dan bila kuih keria telah kering bolehlah matikan api dan angkat dan pisah-pisahkan kuih yang melekat tadi dan biarkan hingga sejuk.

Selamat mencuba resepi kuih keria gula melaka yang pasti sedap melewati tahap antarabangsa hingga ke pluto.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *