Home » Resepi Pilihan » Resepi Masak Lemak Cili Api

Resepi Masak Lemak Cili Api

Resepi Masak Lemak Cili Api. Peminat makanan pedas pasti meminati masakan ini. Biasanya popular di Negeri Sembilan. Namun sekarang mana-mana pun boleh dapat dengan berbagai cara hidangan dan rasa.

resepi masak lemak cili api

Masak lemak cili api ini adalah asasnya dengan berbagai jenis ada mengikut bahan yang dicampurkan. Jika letak ikan kembung jadilah dia masak lemak cili api ikan kembung. Boleh juga ayam, udang, sotong namun yang biasa ditemui adalah ikan dan ayam sahaja.

Untuk memasak masak lemak cili api ini mudah sahaja. Bukan hanya perempuan yang boleh, lelaki pun mampu. Apa yang penting adalah bahan dan langkah memasak yang betul. Boleh belajar petua memasak jika rajin.

Dibawah adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi hidangan dua orang makan.
santan kelapa dari kotak kecil. Lebih baik jika guna santan original baru ada ummpphh
bawang merah 2 ulas perlu ditumbuk
bawang putih 3 ulas perlu ditumbuk
cili padi 12 biji perlu ditumbuk
sekeping asam keping
sebatang serai yang sudah dititik
setengah sudu kecil serbuk kunyit
ayam 6 ketul atau ikan ikut selera masing-masing

Cara-cara masak masak lemak cili api ayam dan ikan
1- Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mencampurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau kalau boleh jangan letak atas api lagi.

2- Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. Kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul dan sebati.

3- Kemudian letak periuk di atas api yang paling kecil dan kacau. Kacau sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan. Kalau dah siap tu, tunggu apa lagi, jom makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba resepi masak lemak cili api ayam atau ikan. Semoga berjaya

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *