Home » Resepi Pilihan » Resepi Mee Kari Sedap

Resepi Mee Kari Sedap

Resepi Mee Kari Sedap. Mesti ramai yang meminati mee kari apa lagi kalau ianya sedap dan merecik. Mee kari selalunya sering dihidangkan pada waktu petang untuk seisi keluarga. Namun sekarang boleh sahaja didapati bila-bila masa kerana banyak dah yang jual. Tak kisah bila waktunya, janji sedap dimakan.

Kami ingin kongsikan resepi Mee kari buat anda yang ingin mencuba bila teringin. Mana tahu teragak tengah malam boleh je cuba.

Perkara utama adalah menyiapkan bahan-bahan untuk membuat mee kari yang sedap. Bahan-bahan adalah seperti dibawah.

1 bungkus mee kuning
1 kg kerang direbus dan diambil isi
2 bungkus rempah kari daging
3 sudu cili serbuk (kalau nak pedas)
isi ayam di potong kecil
kacang panjang
fish ball
fish cake
santan secukupnya
garam
serbuk perasa

Jika untuk majlis keramaian, sediakan juga bahan hiasan agar nampak lebih menusuk kalbu, kalau makan sendiri pun boleh juga buat siap-siap hiasan.

bawang goreng
taugeh di celur
daun bawang
daun sup
telur rebus
limau kasturi
cili merah atau hijau

Sediakan juga bahan-bahan untuk menumis, ini berkara biasa sebab kalau memasak selalunya memang perlu menumis.

3 biji bawang merah di mayang
3 ulas bawang putih di mayang
1 inci halia
daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntung bunga cengkih

Siap semua bahan, masa untuk mamasak. Caranya adalah seperti dibawah.

1. Tumiskan bahan tumisan sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan santan, tunggu sampai mendidih.
4. Masukkan pula fish cake, fish ball, kacang panjang dan isi kerang.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, suaikan rasa. Bila dah masak hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.

Ok siap Mee Kari sedap hasil dari air tangan anda. Boleh hidang untuk keluarga dan tetamu yang datang bertandang. Selamat mencuba.

Resepi Mee Kari
Mee Kari Sedap

Sumber resepi dan gambar : resepibonda.comĀ 

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *