Home » Resepi Pilihan » Resepi Mi Soto Ayam Hidangan Keluarga

Resepi Mi Soto Ayam Hidangan Keluarga

Resepi Mi Soto Ayam. Selalu sangat menjamah nasi pasti jemu juga. Apa kata sekali-sekala tukar menu dengan mi. Tidak kiralah dengan mihun ke, mi kuning kasar ke janji mi. Peminat soto mesti cuba mi soto ayam. Sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga atau tetamu sama ada tengahari, petang dan malam. Sesuai juga untuk berbuka puasa di bulan ramadhan.

Resepi Mi Soto Ayam
Mi Soto Ayam dengan Bergedil

Bahan-bahan resepi Mi Soto Ayam

Bahan-bahan untuk menyediakan Mi Soto Ayam adalah seperti yang dibawah.

Bahan Yang Perlu Dikisar
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
3 serai
1 inci lengkuas

Bahan Tumis dan Rempah
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih

1 kayu manis
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
4 biji pelaga

Bahan-bahan lain
1 ayam, dipotong 4
Air secukupnya
Minyak masak

Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam
1 bungkus mi kuning

Bahan Hiasan Jangan Dilupakan
Bergedil ayam
Sambal kicap
Tauge

Bawang goreng
Kacang goreng
Suhun goreng

Daging ayam yang telah disiat
Daun sup
Daun bawang
Limau kasturi

Cara Membuatnya Mi Soto Ayam

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga. Seperti biasa pastikan tumis hingga naik bau. Siap menunis masukkan rempah serbuk, diikuti dengan bahan kisar. Masak hingga garing dan terbit minyak. Selepas terbit minyak masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.

Selepas air mendidih masukkan ayam dan kiub ayam. Biarkan hingga ayam masak. Masukkan sedikit garam dan gula sebagai perasa dan biarkan mendidih sekali lagi. Keluarkan ayam dan toskan. Racik ayam dan asingkan sedikit utuk menyediakan bergedil ayam. Hidangkan mi kuning bersama kuah yang telah siap sekali dengan bergedil ayam, sambal kicap dan bahan hiasan lain.

Jika anda mahu menyediakan begedil ayam sila ikuti cara serta bahan yang diperlukan dibawah

Cara Membuat Bergedil Ayam

Bahan-bahan
5 kentang
250g isi ayam yang diasingkan tadi
2 telur
½ cawan bawang goreng

Daun sup dan daun bawang, dicencang halus
2 sudu kecil lada sulah
Garam
Minyak

Cara Membuatnya
Kupas kentang dan hiris nipis bulat. Goreng hingga keemasan. Kemudian tumbuk kentang tersebut hingga lumat dan halus. Satukan kentang dan ayam ke dalam satu bekas.

Masukkan bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada sulah dan garam. Gaul rata dan bentukkan menjadi bulat kecil. Pecahkan telur di dalam bekas lain dan pukul telur. Panaskan minyak, celup bergedil ke dalam telur dan goreng hingga keemasan.

Mi Soto Ayam memang wajib ada kuah kicap pedas. Kalau tidak memang tidak menjadilah sotonya.

Bahan-bahan untuk membuat kuah kicap
10 cili padi
3 ulas bawang putih
Kicap manis
Limau kasturi

Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layu.
Kemudian kisar bahan tersebut bersama kicap manis. Tuang ke dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi.

Begitulah cara membuat Mi Soto Ayam yang sedap untuk hidangan seisi keluarga dan tetamu yang datang kerumah. Selamat mencuba.

resepi Mi Soto ayam ini dari sumber.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *