Home » Resepi Pilihan » Resepi Nasi Ayam Madu Sedap

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap

Resepi Nasi Ayam Madu. Pasti ramai pengemar nasi ayam. Makanan ini merupakan kegemaran semua orang kerana menjadi kerana rasanya yang menepati citarasa semua bangsa. Ada berbagai jenis nasi ayam yang popular di Malaysia antaranya nasi ayam diraja, hainan, ayam penyet dan berbagai lagi.

resepi nasi ayam madu
resepi nasi ayam madu

Perkongsian kali ini adalah resepi nasi ayam madu. Anda perlu menyediakan beberapa bahan untuk direbus, diperap, untuk nasi, sup dan juga sos.

Bahan-Bahan untuk nasi ayam madu adalah seperti dibawah.

Bahan Untuk Ayam ( direbus )
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan Untuk Ayam (diperap )
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan Untuk Nasi
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan Untuk Sos
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan Untuk Sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yang dihiris

Bahan Untuk Kuah Kicap
Kuah kicap dari perapan ayam
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

CUBA JUGA RESEPI : AYAM REBUS BERKUAH KICAP

Berikut adalah langkah atau cara memasak nasi ayam madu

Cara Memasak Ayam
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam.

4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Memasak Nasi
1. Basuh beras dan tos air.

2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.

4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.

5. Masak nasi seperti biasa.

Cara Memasak Sup
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara Memasak Sos
1. Kisarkan semua bahan di atas.

2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Kuah Kicap
1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
2. Sejukkan sebelum dihidang.

Selamat mencuba resepi nasi ayam madu.

sumber

Check Also

Resepi Air Jagung Klebang

Resepi Air Jagung Klebang Yang Sedap

Air minuman yang berbagai rasa , warna dan bahan tambahan didalamnya memang popular di bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *