Home » Resepi Pilihan » Resepi Nasi Goreng Udang Sedap

Resepi Nasi Goreng Udang Sedap

Resepi Nasi Goreng Udang Sedap. Apa kata kita mencuba resepi nasi goreng yang sedap ini. Semua resepi pasti sedap, mana mungkin orang buat makanan semata-mata untuk tidak sedap. Namun awas, jaga pemakanan anda dengan ketahui apa yang anda makan.

nasi goreng udang sedap
nasi goreng udang sedap

Walau bagaimana pun , rasanya elok kita kongsi bersama satu resepi nasi goreng udang yang memang menyelerakan kepada pengemar nasi goreng dan makanan laut. Jom kita memasak.

Bahan-bahan
4 cawan nasi
12 ekor udang, hendak lebih pun tidak mengapa
2 biji telur
1 peket serbuk nasi goreng cina Adabi
Cili merah dan cili api yang dihiris
daun sup
garam

( bahan diatas untuk 4-5 orang makan )

Cara-cara Membuat Nasi Goreng Udang

– Perkara asas dan sangat wajib dibuat adalah lerai-lerai nasi supaya tidak berketul untuk memudahkan anda menggoreng. Kalau ketul-ketul bukan nasi goreng namanya.

– Panaskan minyak dan goreng telur dahulu kemudian angkat dan letakkan di atas nasi kita tadi.

– Dalam kuali yang sama juga, panaskan minyak sikit dan goreng pula udang kita dengan sedikit garam sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi kita tadi.

– Panaskan minyak sikit dan goreng cili pula sampai garing sikit. Masukkan nasi kita tadi bersama-sama dengan telur dan udang yang telah kita kumpulkan tadi.

– Ketika mengoreng gaul serata sebelum masukkan serbuk nasi goreng cina dan gaul sebati.

– Masukkan daun sup dan gaul. Nasi goreng udang siap untuk dihidangkan.

Jom kita makan.. selamat mencuba.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *