Home » Resepi Pilihan » Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato. Bercakap tentang nasi, sememangnya terlalu banyak jenis makanan yang berasaskan beras ini. Nasi goreng, Nasi Ayam, Nasi Kerabu dan macam-macam lagi. Nasi Tomato juga adalah antara yang menjadi pilihan untuk hidangan seisi keluarga tidak kira ketika perayaan, majlis keramaian atau untuk makan tengahari.

nasi tomato
nasi tomato

Kali ini apa kata kalau kita masak Nasi Tomato yang sedap dengan berpandukan kepada resepi yang dikongsikan dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan
4 cawan beras
3 sm halia
bawang merah
bawang putih
6 cawan air
3 tangkai bunga cengkih
3 kuntum Bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
2 cawan tomato sup
1 senduk minyak sapi

Cara memasak Nasi Tomato
Potong halus bahan halia, bawang merah dan bawang putih.

Kemudian panaskan minyak sapi selepas itu masukkan bahan yang telah dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

sumber

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *