Home » Resepi Pilihan » Resepi Pajeri Nenas Udang Istimewa

Resepi Pajeri Nenas Udang Istimewa

Resepi Pajeri Nenas Udang Istimewa. Bila sebut menu pajeri nenas udang, pasti ramai yang menggemarinya. Makan dengan nasi panas berserta ulam-ulaman pasti menyelerakan. Ada yang sudah terliur? Untuk perkongsian resipi yang cukup istimewa ini yang boleh dihidangkan sebagai lauk makan tengahari atau malam, anda perlulah dapatkan senarai bahan-bahan membuat pajeri nenas udang ini terlebih dahulu.

Resepi Pajeri Nenas Udang Istimewa
Pajeri Nenas Udang

Bahan-bahan untuk Resepi Pajeri Nenas Udang.
Bahan Untuk Dikisar
15g cili kering
70g bawang merah
2cm kunyit hidup
2cm halia

Cara Memasak Pajeri Nenas Udang
Mula-mula panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar ini bersama dengan dua tangkai daun kari.
Selepas itu masukkan 3 sudu besar serbuk kari yang telah dicampurkan dengan 4 sudu besar air. Tumis sehingga wangi.
Tambahkan nenas segar yang telah dipotong kepada kepingan yang lebih kecil. Masukkan sekali 40g kismis hitam dan 800ml air. Untuk menambah perasa, letakkan sedikit serbuk pati ikan bilis. Anggaran sesudu dua sudah mencukupi.
Setelah itu masukkan pula 500g udang bersaiz sederhana yang telah pun dibersihkan terlebih dahulu. Letakkan dua biji tomato yang dibelah 4 dan diikuti dengan 200g santan. Kalau tak suka santan, boleh gantikan dengan susu cair.
Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan hijau.
Dah sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

Selamat mencuba.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *