Home » Resepi Pilihan » Resepi Pau Cendawan

Resepi Pau Cendawan

Resepi Pau Cendawan. Memang tengah viral sekarang ini. Bila ada sesuatu yang baru dan berlainan pasti akan menarik minat untuk dirasa. Ada yang bebaris panjang ketika membeli.

resepi pau cendawan

Apa kata kalau kita cuba buat sendiri Pau Cendawan yang dikatakan viral sangat tu. Mudah sahaja sama seperti pau biasa namun ada penambahan bahan. Ikuti cara atau resepi pau cendawan yang dikongsikan.

Langkah pertama adalah membuat inti dahulu. Inti kena sedap baru pau sedap, bukan hanya nak gebu diluar sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat inti adalah seperti dibawah.

Bahan Untuk Membuat Inti Pau Cendawan
2 bji bawang holand
1 tin cendawan butang
Isi ayam potong kecil
3 sdu butter utk tumis
2 cubit lada hitam yg serbuk
1/2 tin sup cendawan tin kecil
3 keping keju cheesedale
3 biji kentang parut
1 biji carrot parut jugak
Satu sudu kecil serbuk ayam tumix

Cara Membuat Inti
Tumis bawang sampai naik bau kemudian masukkan ayam dan tunggu separuh masak.
Seterusnya masukkan kentang dan carrot biarkan sampai lembut. Bila sudah lembut masukkan sup cendawan. Masukkan keju bila adunan sup, kentang dan carrot telah pekat.
Langkah terakhir untuk membuat inti pau adalah dengan taburkan lada hitam, serbuk tumix, gula dan sedikit garam.

Seterusnya anda perlu membuat bancuhan coklat yang hendak digunakan membuat corak ala-ala cendawan pada bahagian atas pau nanti. Caranya dan bahan adalah seperti dibawah.

2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Sedikit air

Bancuh sahaja bahan diatas dengan air. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Orang kata ngam-ngam sahaja.

Cara dan bahan untuk membuat doh
300 gram tepung pau
Sedikit garam
Setengah paket yis mauripan
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar gula yang siap dikacau dalam setengah gelas air suam

Lepas tu masukkan serbuk yis. Perlu tunggu sampai yis kembang dan naik buih
Selepas yis kembang baru masukkan dalam tepung.
Uli tepung yang telah dimasukkan bahan diatas kemudian tambah shortening.
Teruskan uli tepung sampai lembut dan biarkan doh dalam 20 minit.
Bila doh dah kembang dan uli lagi.
Bila bahagian doh sudah lembut bahagikan doh kepada 10 bahagian. Tapi perlu ambi sedikit doh simpan untuk buat batang cendawan. Kalau tak mahu buat batang tak perlu ambil.
Doh yang telah dibahagikan 10 bahagian tadi bolehlah diisi dengan inti.
Bila selesai isi inti sapukan bahagian atas dengan coklat cair yang telah dibancuh tadi dengan menggunakan berus. Perlu biarkan seketika sebelum dikukus.
Ketika mengukus gunakan api besar selama 10 minit.
Kukus sekali batang pau yang telah digentel. Bila sudah masak buat lobang belakang pau dan celup batang pau dengan coklat cair tadi.
Kemudian cocok kan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau.
Kukus sekali lagi dalam masa 5 minit. Siap sudah pau cendawan. Selamat mencuba resepi pau cendawan.

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *