Home » Resepi Pilihan » Resepi Rendang Ayam Sedap

Resepi Rendang Ayam Sedap

Resepi Rendang Ayam Sedap. Dengan bahan utama ayam kita boleh membuat berbagai jenis resepi. Antara yang popular adalah rendang ayam. Berbagai jenis rendang dan rasa yang ada mengikut tempat asalnya. Tapi kalau sudah nama rendang mesti akan membuat orang meleleh air liur mendengarnya.

resepi rendang ayam

Rendang memang popular di Malaysia terutama di hari raya dimana memang sangat sesuai dengan lemang atau ketupat. Namun zaman sekarang hari biasa pun boleh dapat. Banyak sahaja di kedai makan menjual rendang ayam. Lebih mudah jika anda membuatnya sendiri.

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat rendang ayam.

5-6 ketul ayam
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
7 biji cili padi
3-4 batang serai perlu dititik
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar gula Melaka
1 mangkuk santan
5 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula

Cuba juga : Resepi Ayam Panggang 

Jika semua bahan diatas sudah siap bolehlah kita mulakan proses memasak rendang ayam. Ikuti langkah dibawah.

  • Langkah pertama adalah dengan mengisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi. Kisar sampai halus yang boleh.
  • Telah siap bahan yang dikisar, masa untuk menumis pula. Semasa menumis boleh masukkan serai.
  • Selesai menumis masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata. Bila sudah sekata kemudian masukkan ayam.
  • Langkah terakhir adalah dengan memasukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Biarkan atas dapur dan Masak sehingga kuah pekat.

Siap sudah rendang ayam hasil air tangan anda sendiri. Selamat mencuba resepi rendang ayam dan menjamu selera. Boleh cuba nanti masa hari raya bersama lemang, pasti terangkat punya.

sumber resepi

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *