Home » Resepi Pilihan » Resepi Tom Yam Santan Power

Resepi Tom Yam Santan Power

Resepi Tom Yam Santan Power. Sebut pasal tomyam semua orang tahukan. Masakan Thai yang memang sedap dimakan pada bila-bila masa. Ada bermacam jenis tomyam yang boleh anda dapat antaranya tomyam putih, tomyam ayam, tomyam daging dan macam-macam lagi. Walau apa jenis pun ianya tetap tomyam.

Tidak sukar untuk menikmati tomyam sebab mana-mana tempat makan ada menjualnya. Cuma yang membezakan sedap tau tidak sahaja pada selera tekak anda. Apa kata kita cuba sendiri buat dirumah. Kali ini kami kongsikan resepi Tom Yam Santan Power. Power sangat ke? Cuba baru tahukan.

resepi tom yam santan
resepi tomyam santan

Perkara utama yang anda perlukan adalah bahan-bahan untuk membuat tomyam. Tiada bahan, serupa masak air panas sahaja.

Bahan-bahan tomyam santan untuk 2 orang makan. Hendak lebih tambah ikut anggaran anda.

Isi ayam, sotong, udang atau apa saja yang anda mahu
1 sudu besar perasa Thai Tom Yum
1 sudu besar Thai Chili Paste
4 sudu besar santan boleh guna santan kotak Ayam Brand
2 cawan air
2 sudu besar sos ikan atau nampla
2 sudu besar gula
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai yang dipotong serong
5 biji cili padi telah ketuk-ketuk
6 helai daun limau purut telah siat-siat urat daun
2 biji limau nipis harus diperah airnya
Cauliflower
Tomato
Cendawan enoki atau boleh ditukar dengan cendawan tiram atau butang
Capsicum serta boleh masukkan sayuran lain seperti lobak dan jagung

Cara-cara membuat tomyam santan

Langkah pertama adalah dengan menumis bawang besar, bawang putih, serai, halia dan cili padi. Kemudian masukkan tom yum paste dan chili paste. Langkah seterusnya masukkan ayam dan daun limau purut.

Selesai langkah diatas masukkan santan dan air. Jangan lupa masukkan air limau nipis, sos ikan dan gula ikut citarasa anda untuk imbangkan rasa masam, masin dan manis. Jika sudah hampir masak masukan sayuran.

Langkah terakhir masukkan udang atau apa sahaja seafood yang anda mahu dan didih sebentar sebelum diangkat.

Mudahkah resepi tomyam santan ini. Bezanya cuma campur sedikit santan dan rasanya pasti berbeza dengan tomyam yang biasa anda rasa. Boleh cuba dirumah untuk hidangan keluarga. Tomyam buatan sendiri lebih jimat.

sumber FB Resepi Ayam

Check Also

resepi ayam masak berlada

Resepi Ayam Berlada Yang Sedap Dan Mudah

Dengan ayam kita boleh memasak berbagai jenis makanan. Tidak dinafikan banyak makanan atau resepi ada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *