Home » Kesihatan » Senaman Ketatkan Bahagian Intim Wanita

Senaman Ketatkan Bahagian Intim Wanita

Senaman Ketatkan Bahagian Intim Wanita. Semakin meningkat usia semakin banyak bahagian yang mula mengendur. Ini adalah lumrah kehidupan bagi semua manusia. Dari kulit hinggalah kepada bahagian intim wanita. Wanita pasti ingin kekal remaja sepanjang usia.

Senaman Ketatkan Bahagian Intim Wanita
senaman bahagian intim wanita

Beberapa senaman yang sesuai boleh dibuat diamalkan bagi wanita yang ingin mengetatkan kembali bahagian yang longgar. Antara senaman yang boleh anda lakukan adalah senaman Kagel , berjengket , naikkan kaki dan otot punggung. Bagaimana caranya senaman ketatkan ini? Teruskan membaca dibawah.

CARA SENAMAN KETATKAN BAHAGIAN INTIM WANITA

Lakukan senaman naikkan kaki. Caranya adalah dengan berbaring telentang dan angkat kedua belah kaki ke atas. Angkat keduanya dan turunkan, angkat dan turunkan kembali. Seiring dengan menguatkan otot-otot kaki, senaman kaki ini juga mampu mengetatkan bahagian intim anda.

Senaman Berjengket adalah senaman yang terbaik untuk mengetatkan alat sulit anda. Berdiri dengan kaki selebar bahu dan jaga pinggang agar tetap lurus. Bengkokkan lutut dan turunkan tubuh secara perlahan-lahan. Depakan tangan untuk hasil yang lebih baik.

Bagaimana hendak membuat senaman otot dasar punggung? Tahan dan lepaskan otot-otot dasar punggung berulang-ulang. Percepatkan dan lakukan kira-kira 10 set. Pastikan senaman ini hanya dilakukan dengan otot-otot dasar punggung. Hindari menegangkan perut, belakang , pinggang dan otot paha.

Lakukan senaman kagel walau dimana anda berada. Tidak kira apa aktiviti anda. Sebab senaman ini tidak memerlukan senaman fizikal yang memerlukan pergerakan. Caranya adalah dengan kemut secara perlahan-lahan, ia akan menguatkan otot punggung di bawah saluran kencing. Tahan selama 10 saat, kemudian relaks. Ulangkan kembali selama lima minit dan lakukan pada setiap hari.

senaman kagel
senaman kagel

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Kongsikan jika anda rasa ini boleh membantu sahabat yang lain 🙂

Check Also

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *